Di Cerai Suami...Zura bekas madu King Coco Buka Mulut

Di Cerai Suami...Zura bekas madu King Coco Buka Mulut

Di Cerai Suami...Zura bekas madu King Coco Buka Mulut

Sudah menjadi fitrah dalam kehidupan manusia hidup berpasangan-pasangan. Memeterai ikatan dengan hubungan yang sah berlafazkan akad adalah ketentuan-Nya.
Siapa kita untuk menentukan dengan siapa bakal berkahwin dan sejauh mana hubungan suami isteri itu dapat dikekalkan sehingga ke hujung nyawa.
Tidak ada seorang wanita pun mahu menggalas status sebagai janda ataupun ibu tunggal. Begitu juga Nor Azura Usman yang diceraikan pada usia 26 tahun ini.
Berbagai-bagai versi yang bertebaran di media sosial tentang berita perceraian di antara suami Instafamous King Coco iaitu Kapten Azrin dan isteri pertamanya, Nor Azura.
Mengadakan pertemuan eksklusif bersama Nor Azura atau lebih mesra disapa Zura telah merungkaikan persoalan yang sedang berlegar di alam maya.
Melihat susuk tubuh wanita yang mudah tersenyum ini bagai tidak percaya dugaan yang telah diharunginya.
Walaupun dalam hatinya menyimpan 1001 macam kisah tetapi tutur katanya tetap dijaga dengan sopan. Sedikit pun tidak menghamburkan kata nista mahupun kisah negatif tentang kisah lalunya.
Kagum dengan sikap ibu kepada tiga orang anak ini membawa diri. Benar lah kata orang usia bukan kayu pengukur kematangan seseorang wanita.
Apabila disentuh tentang isu perceraiannya, lama Zura terdiam mungkin sedang mengatur ayat atau mengimbau kisah hitam yang ditempuhnya, lalu menjawab, “Tipu lah kalau saya tidak sedih.
Saya juga mempunyai silap begitu juga pihak bekas suami. Orang kata hanya kita yang kenal siapa diri kita dan kemampuan kita.
Emosi kita sebagai perempuan, biasa lah ada kala naik dan juga turun. Saya mengambil langkah untuk bercerai kerana tahu tahap dan kemampuan saya sampai kat mana.
Bukan tidak berusaha tetapi saya tidak boleh meneruskan perkahwinan ini. Saya anggap mungkin jodoh tak panjang di antara kami berdua,” terang Zura.
Apabila diajukan pertanyaan mengapa minta dilepaskan, jawabnya, “Bagi saya hubungan kami sudah pun berakhir.
Tidak perlu saya menguar-uarkan punca penceraian kami. Saya pun sudah habis edah dan sudah tiba masa untuk saya move on. Saya tidak mahu memandang ke belakang lagi. Saya mahu mencari rezeki untuk membesarkan anak yang tiga orang ini.
Bagi saya tidak mahu mengingati perkara yang lalu dan mula merencana masa hadapan bersama anak-anak tersayang.
Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman kerja tetapi saya percaya dalam setiap dugaan itu pasti ada hikmah yang menanti. Saya sentiasa percaya Allah SWT bersama-sama orang yang sabar.
Sebenarnya terduduk juga sebab saya tak pernah bekerja, apabila jadi macam ini saya kena lebih kuat.
Saya dah tak boleh buat sambil lewa dan perlu merancang dan fikir lepas ini kena buat apa. Sekarang saya ada tanggungjawab yang besar jadi, kena usaha lebih kuat demi kelangsungan hidup. Kalau bekerja di pejabat dan seumpamanya memang saya belum terfikir lagi. Ini kerana anak-anak yang masih kecil mungkin tidak berbaloi untuk saya hantar ke nursery.
Saya akan memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan dari rumah. Saya sedang dalam proses buat joint venture (JV) dengan rakan niaga untuk mengeluarkan produk Muslimah.
Segala-galanya masih dalam perancangan, dan doakan agar impian saya ini tercapai,” tutur Zura yang sudah mula mendapat perhatian pemilik produk untuk membuat product review.

Semoga berjaya, Zura. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. 

Sumber :Nona

Post a Comment

0 Comments