Berundur Atau Dipecat, Agung Sultan Muhammad V Dispekulasikan Tamat Perkhidmatan Lebih Awal..

Berundur Atau Dipecat, Agung Sultan Muhammad V Dispekulasikan Tamat Perkhidmatan Lebih Awal..

Berundur Atau Dipecat, Agung Sultan Muhammad V Dispekulasikan Tamat Perkhidmatan Lebih Awal..

SOSMED | Angin spekulasi bertiup kencang dua tiga hari di sosial media mengenai jawatan DYMM Agong Sultan Muhammad V.




Ia bermula dari blogger pro Tun Mahathir, Steadyaku47. Blogger itu melaporkan menerima perkhabaran dari Istana Perak.

"Sah, semalam raja-raja bermesyuarat dan memutuskan baginda (Sultan Muhammad V) agar berundur (dari taktha Agong) ataupun bersedia berhadapan dengan gesaan untuk dipecat sebelum 9 Januari ini.

Surat (atas gesaan tersebut) dah pun dikeluarkan hari ini (2 Januari 2019). Perak akan menjadi pemangku Agung. Dalam masa beberapa minggu kemudian, raja-raja akan memilih AGONG yang baru. Pahang (sepatutnya) seterusnya, jika Ayahanda (Sultan Pahang) berundur (enggan kerana kesihatan tidak mengizinkan), maka ia diantara Johor atau Perak.

Tun Mahathir berkata tak boleh bekerja dengan Johor. Kita tengok apa yang akan berlaku seterusnya," katanya dipetik sebagai berkata, lapor blogger itu.

Menurut blogger itu lagi, Agong sepatutnya bercuti dan menjalani program rehab, sebaliknya baginda ponteng dan berkahwin. Ketagihan beliau sudah tidak terkawal lagi, tulisnya.

Bagaimanapun blogger itu turut berkata, laporan mengenai desakan Agong dipecat masih perlukan semakan lanjut.

Dalam perkembangan berkaitan, halaman OPS Johor melaporkan;




"Berita dari Istana Negara : Mahathir mengelabah cuba halang Sultan Johor ditabal sebagai Yang Dipertuan Agong?

Berita yang terbaru kami terima ialah berkenaan Mesyuarat Khas Majlis Raja2 yang membincangkan perihal Sultan Muhammad V yang bakal menamatkan tugasan Yang Dipertuan Agong lebih awal atas sebab-sebab tertentu.

Giliran seterusnya untuk menaiki takhta ialah Sultan Pahang namun Baginda telah menyatakan hasrat untuk menolak perlantikan sebagai Yang Dipertuan Agong atas sebab kesihatan Baginda yang tidak mengizinkan.

Justeru itu, giliran berikutnya ialah kepada DYMM Tuanku Sultan Johor di mana Raja2 Melayu sudah bermesyuarat dan bersetuju bahawa Baginda Tuanku Sultan Johor akan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.

Bagaimanapun, berita ini tidak menggembirakan seseorang, siapa lagi jika bukan Mahathir. Beliau berdendam kesumat pada Keluarga DiRaja Johor dan akan buat apa sahaja perkara untuk memastikan Sultan Johor tidak ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau perlu mengadap DYMM Sultan Ibrahim selaku Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada setiap hari Rabu sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Mahathir kini gelabah, terdesak dan mengarahkan jenteranya supaya melakukan apa sahaja untuk menghalang Sultan Johor dari bersemayam di Istana Negara.

Ini kerana Mahathir sedar, bahawa Sultan Johor akan meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi segala-galanya dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak untuk kepentingan politik mereka semata-mata.

Baginda akan bersikap tegas, menitahkan perkara yang hak dan menyuarakan bantahan terhadap perkara yang batil lebih2 lagi jika ia melibatkan kebajikan rakyat.

Mahathir sudah tentu tidak selesa dengan keadaan seperti itu kerana ia akan mengganggu segala perancangannya kerana sehingga kini tidak ada siapa yang berani menegur pentadbirannya yang semakin menyimpang jauh dari kehendak rakyat.

Keputusan Majlis Raja2 supaya Sultan Johor ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang baharu adalah satu keputusan yang amat tepat dalam mana negara sekarang berada dalam keadaan terumbang-ambing akibat terlalu banyak politiking, kos sara hidup yang tinggi, keadaan ekonomi yang menguncup serta hubungan luar negara yang merosot teruk.

Kita mengharapkan rakyat Johor khususnya dan rakyat Malaysia seluruhnya supaya mendoakan supaya Mahathir gagal menyekat sekaligus menyaksikan DYMM Tuanku Sultan Johor ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16.

Amin ya rabbal alamin,"
 katanya dalam satu kenyataan.


Netizens yang mengikuti perkembangan kes ini nampaknya memerhatikan dengan penuh debaran. Drama awal tahun. Jangan lupakan POPCORN. - 3 Januari 2019. 

Post a Comment

0 Comments