MESKIPUN Meghan Markle dan Kate Middleton menafikan wujud persengketaan di antara mereka, timbul khabar angin bahawa isteri Putera Harry itu sebenarnya bergaduh dengan abang iparnya, Putera William.
Perbalahan antara Meghan dan Putera William mungkin berlaku selepas peminat keluarga diraja itu ternampak insiden yang seolah-olah menguatkan lagi khabar angin tersebut semasa mereka meninggalkan Gereja St Magdalene di Sandringham.
Dalam satu rakaman video, Meghan dilihat berpaling kepada Putera William untuk bercakap sesuatu
Meghan bersama suaminya meninggalkan Gereja St Magdalene tanpa berkata-kata dengan Putera William.
Bagaimanapun suami kepada Kate itu dilihat tidak mengendahkan sapaan Meghan dan leka membetulkan skarfnya.
Hubungan Putera William dan adiknya Putera Harry tidak begitu baik tahun ini selepas abangnya itu mempertikaikan kesesuaian Meghan untuk menjadi isteri kepada adiknya itu.
Malah Putera William turut kecewa selepas Putera Harry mengumumkan pertunangannya dengan Meghan tahun lalu.
Menurut salah seorang rakan rapat mereka, kedua-dua adik beradik itu bertengkar tetapi sudah berbaik selepas campur tangan bapa mereka, Putera Charles. - Mirror.co.uk
Ibu Meghan sendirian sambut Krismas
IBU Meghan Markle dilihat memeriksa suratnya pada Hari Krismas, selepas dilaporkan menolak undangan untuk bercuti bersama keluarga diraja di England.
Doria Ragland memeriksa sejumlah surat di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) selepas menolak undangan bukan rasmi daripada Ratu Elizabeth.
Ibu Meghan yang berusia 62 tahun itu menghabiskan masa bersendirian di California pada Hari Krismas, berbanding menaiki jet ke London bagi menyaksikan anaknya menyambut perayaan bersama keluarga diraja buat pertama kali.
Bagaimanapun, Doria tidak akan bersendirian begitu lama kerana dipercayai Meghan bersama suami, Putera Harry dijangka berlepas ke AS untuk meluangkan masa bersamanya.
Bercakap kepada Vanity Fair, sumber diraja berkata, jemputan ke kediaman diraja di Sandringham di Nortfolk, England dibuat berikutan Ratu Elizabeth mengagumi Doria sewaktu majlis perkahwinan pasangan Duke and Duchess of Sussex di Istana Windsor, Mei lalu.
Satu jemputan buat Doria akan memecah tradisi diraja itu kerana keluarga Kate Middleton sendiri tidak pernah dijemput untuk tinggal di Norfolk.
Keluarga Kate yang merupakan Duchess of Cambridge menyambut perayaan bersama keluarga diraja di gereja pada pagi Krismas, tetapi mereka tinggal dekat Dewan Anmer, dan bukan di Sandringham.
0 Comments