PRAKKK... Prakk... Kebung... Kebung... Kebung... Kebung... Prakkk... Prakkk... Kebung... Kebung... Kebung... Kebung...
Kedengaran sayup-sayup bunyi kompang dipalu dari arah hadapan kondo mewah milik Faizal. Tangannya mencapai alat kawalan jauh televisyen dan dia kemudiannya memperlahankan bunyi. Seluruh deria pendengarannya ditumpukan ke arah bunyi itu.
Faizal mengangguk perlahan. Memang benar bunyi kompang yang kedengaran daripada hutan hadapan kondo mewahnya. Perlahan-lahan dia bangun dan bergerak ke arah balkoni. Matanya merenung ke arah hutan.
“Cuti-cuti ni orang nak berehat. Kau pergi main kompang pula,” rungut Faizal.
Salimah, yang baru keluar dari dapur mendekati suaminya.
“Membebel pasal apa tu lagi bang? Cuti-cuti ni, rehat-rehatkanlah otak awak dengan mulut awak sekali. Dahlah tu. Anak-anak dah hidang makanan kat dapur tu. Jom makan,” ajak Salimah.
Bayangkan apabila anda berjoging di kawasan seperti ini, tiba-tibu muncul sekumpulan kanak-kanak bermain kompang sambil memerhatikan anda? Foto sekadar hiasan.
“Awak dengar tak bunyi tu? Bunyi kompang. Dari hutan sana tu,” kata Faizal, mahukan pengesahan. Salimah menggelengkan kepala dan terus bergerak ke arah dapur. Walaupun rasa tidak puas hati terlukis di wajahnya, Faizal terus mengikuti isterinya ke dapur.
Selesai makan tengahari dan solat zuhur, Faizal berdiri di balkoni. Bunyi kompang kedengaran lagi. Dia seakan-akan terpana mendengar alunan pukulan alat muzik tradisional ini. Bahunya terhenjut-henjut mengikut irama paluan kompang.
“Ayah buat apa tu? Bergoyang-goyang badan. Macam orang menari aje,” tanya Zainal, anak terunanya. Bagaikan disimbah air, Faizal segera terkejut daripada mimpi siangnya. Dia menggelangkan kepala dan melepaskan keluhan perlahan.
“Ayah buat apa tadi? Ayah tak sedar,” katanya.
Dia orang ni tak nak kalau orang itu ada parut kat tubuh badan. Parut pembedahan appendiks tu dah selamatkan Encik Faizal
Tabib Sufian
“Dengar tak tu… bunyi kompang tu,” jelas Faizal lagi. Zainal menggelangkan kepala. Dia semakin hairan melihatkan kelakuan ayahnya. Lantas Zainal menghidupkan televisyen dan terus menonton rancangan yang diminatinya.
Tengahari dengan pantas berganti petang. Faizal menukarkan pakaian ibadahnya kepada pakaian sukan. Walaupun menghampiri umur persaraan, Faizal tetap kelihatan tegap dan segak. Ramai yang memuji penampilannya yang jauh lagi muda daripada usianya.
“Ayah ni boleh tunggu tak? Enal baru nak pakai kasut ni,” kata Zainal yang masih terkial-kial mengenakan tali kasutnya. Usai mengikat tali, kedua beranak ini melangkah meninggalkan rumah ke arah tapak joging di tepi hutan.
Denai hutan yang menjadi tempat joging dan riadah kebanyakan pemilik kondo kelihatan amat redup dan nyaman. Walaupun berpeluh, kedua beranak ini masih lagi meneruskan larian mereka. Tiba-tiba Faizal terdengar paluan kompang disulami suara-suara seakan-akan bernyanyi, bagaikan ada keramaian. Faizal menghentikan langkahnya.
“Laaa, ayah… baru tiga pusingan dah nak berhenti. Tak sampai 200 meter je simpang keluar tu,” kata Zainal apabila melihatkan ayahnya berhenti rehat. Tanpa menjawab, Faizal memberikan isyarat kepada anaknya untuk meneruskan perjalanan. Setelah agak jauh, Faizal terus memasuki simpang, mengikut bunyi kompang.
Sedikit demi sedikit pemandangan hutan belukar berubah. Juraian pohon jejawi semakin banyak. Cahaya matahari semakin lama semakin hilang. Tiada bunyi yang didengari, cuma bunyi nyaring suasana sunyi yang kedengaran.
Faizal ditemui di kawasan belukar dalam keadaan badannya dibelit akar-akar pokok. Ilustarsi: ZULHAIMI BAHARUDDIN
Prakk... Prakk... Kebung... Kebung... Kebung... Tiba-tiba kedengaran di teliganya. Faizal terkejut. Mukanya pucat. Bulu romanya mulai menegak. Di hadapannya sekumpulan kanak-kanak, lengkap berpakaian baju Melayu merah dan bersampin kuning sedang memerhatikannya sambil memalu kompang.
Salah seorang kanak-kanak itu menyeringai. Terlihat susunan gigi yang rosak dan mereput daripada mulut anak itu tadi. Bauan harum seperti rumput baru ditebas, terhidu. Satu demi satu, anak-anak kecil tadi menyeringai ke arah Faizal.
Faizal mengundur. Dia tahu, dihadapannya bukan anak manusia. Tiada manusia yang siuman, akan meninggalkan anak-anak mereka sendirian. Anak-anak kecil mulai bergerak menapak mengekori Faizal sambil memalu kompang. Semakin lama semakin laju dan merapati Faizal. Faizal berpaling dan mula mengorak langkah. Tiba-tiba kakinya tersadung dan dia tersungkur.
Faizal terasa puluhan tangan halus bagaikan ranting-ranting meraba betis dan buku lalinya. Terasa buku lalinya digenggam dan dirinya ditarik belakang. Faizal meronta dan cuba menarik dirinya bebas daripada cengkaman makhluk-makhluk kecil ini.
Tiba-tiba dia merasa bagaikan ada puluhan jarum kecil menusuki tubuhnya. Dia menjerit. Pandanagannya berkunang dan akhirnya dia pitam. Faizal tidak tahu berapa lama dia tidak sedarkan diri. Yang dia tahu, seluruh tubuhnya terasa terlalu sakit dan sejuk. Sayup-sayup dia terdengar azan.
“Pakcik… kat sini. Kat sini. Ayah… saya kat sini,” kedengaran suara Zainal di corong telinganya.
“Ishhh… pokok apa juga yang belit badan ayah ni,” Zainal bersuara sambil memangkas akar-akar jejawi yang membaluti tubuh ayahnya.
Terkejut Zainal apabila terlihat ayahnya hanya berseluar dalam semasa ditarik keluar dari perdu pokok. Entah dari mana, tiba-tiba muncul selonggok pakaian Faizal, yang dipenuhi lumpur, berhampiran perdu jejawi.
Zainal segera membuangkan pacat-pacat yang sedang berkenduri di tubuh ayahnya. Berbintat-bintat tubuh Faizal seperti digigit nyamuk akibat bekas pacat. Zainal segera menyarungkan pakaian ke tubuh ayahnya semula dan memapahnya keluar. Beberapa orang penduduk kawasan berdekatan menghampiri.
Kawasan hutan sering dikaitkan dengan kehidupan misteri.
“Ramainya orang. Ada kenduri ke kat sini?” tanya Faizal.
“Kenduri apanya? Encik Faizal dah hilang lebih 12 jam. Sekarang ni pukul 5.40 pagi,” kata Abu, pengerusi persatuan penduduk kondo. Terbuntang mata Faizal mendengar.
“Zainal, bawa ayah kamu balik dulu. Lepas Zohor nanti pakcik datang dengan kawan pakcik. Tengok-tengokkan apa yang boleh dia tolong,” kata Abu.
Petang itu, terlopong mulut Faizal sekeluarga apabila mendengar penerangan daripda Tabib Sufian.
Menurut kata Tabib Sufian, tempat yang sering penduduk kondo menjalankan aktiviti riadah merupakan perkampungan makhluk alam ghaib.
Katanya lagi, penduduk alam ghaib ini suka melihat Faizal dan keluarganya, menjalankan aktiviti bersama-sama. Dan bunyian kompang itu adalah aluan yang dituju kepada Faizal agar Faizal memasuki alam mereka.
Sekali lagi keluarga Faizal terkejut. Tujuan pakaian Faizal ditanggalkan kerana mereka ingin melihat sama ada terdapat parut ditubuhnya.
“Dia orang ni tak nak kalau orang itu ada parut kat tubuh badan. Parut pembedahan appendiks tu dah selamatkan Encik Faizal,” jelas Tabib Sufian.
Setelah memandaikan Faizal dengan limau purut dan pati bidara, Tabib Sufian memberitahu yang Faizal tidak akan diganggu lagi.
Namun, kerana dia pernah memasuki perkampungan makhluk mistik ini, dia akan terus mendengar paluan kompang daripada hutan tersebut.
Kini, walaupun selepas setahun peristiwa itu berlaku, setiap kali, ketika bulan mengambang penuh, paluan kompang terus kedengaran di telinga Faizal.
0 Comments