Di Malaysia memang agak sensitif dengan dengan isu-isu agama yang kadang-kadang menyebabkan perbalahan sehingga boleh memecah belah masyarakat.
Seperti yang terjadi pada tahun 2015, di mana penduduk Taman Medan di Petaling Jaya mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja.
Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan.
Mereka juga memberi alasan bahawa tanda salib tersebut mencabar akidah dan kepercayaan penduduk kawasan itu yang majoritinya beragama Islam.
Toleransi Agama di Indonesia
Namun sebaliknya berlaku di Indonesia yang masih ramai yang menjunjung tinggi sikap toleransi antara umat beragama.
Seperti halnya kisah seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Imam Syafii, di mana dia dan beberapa orang lainnya tetap melaksanakan solat di sebuah ruangan di sekolah Katolik di Surabaya. Lelaki ini kemudian berkongsi pengalamannya tersebut pada akaun Facebook miliknya.
Dari cerita yang dimuatnaik pada Rabu (26/9) yang lalu, diketahui bahawa ketika itu dia dan beberapa rekannya diundang untuk menyertai persiapan festival di sebuah sekolah iaitu SMA Katholik St Louis. Lalu ketika waktu istirehat, Imam memberitahu, pihak sekolah sudah menyediakan tempat solat di salah satu ruangan yang selesa.
Cabut Lambang Salib
Namun ketika mereka mula mengambil air wuduk, rupanya pihak sekolah terlihat dengan tergesa-gesa berusaha mencabut salib yang terpasang di dinding ruangan tersebut.
Melihat hal itu, Imam langsung meminta pihak sekolah untuk tidak mencabut salib yang ada di ruang tersebut. Kemudian, Imam dan beberapa rakannya ini meneruskan ibadah solat zuhur dengan khusyuk di ruangan itu.
“Tak mengapa. Tak perlu dicabut salibnya. Allah ada di mana-mana pun. Termasuk di sekolah ini, kami boleh menunaikan solat dengan khusyuk di sini walaupun kami berbeza keyakinan itu.” kata nya kepada pihak sekolah St Louis.
Muatnaik yang sudah disukai lebih dari 22 ribu orang ini terus menuai komen netizen. Tidak sedikit yang memuji aksi toleransi yang dilakukan Imam tersebut. Beberapa netizen juga ada yang rasa terharu dan bangga atas sikapnya itu.
0 Comments