Status Terakhir Peramugari Lion Air Seolah Benar Nahas Bakal Berlaku

Status Terakhir Peramugari Lion Air Seolah Benar Nahas Bakal Berlaku

Status Terakhir Peramugari Lion Air Seolah Benar Nahas Bakal Berlaku

JAKARTA – INDONESIA. Status salah seorang pramugari Lion Air JT 610 dipercayai terhempas ke laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pagi tadi tular di media sosial.

Menerusi Instagram peribadinya, Alviani Hidayatul Solikah menulis ‘it’s dark inside, i want save that light’.

Status itu dimuat naik tiga hari lalu dengan memperlihatkan dia sendirian di tengah-tengah sinaran cahaya lampu dikelilingi kegelapan.

Memetik DetikNews, Alviani Hidayatul yang berasal dari Jawa Timur merupakan salah seorang pramugari pesawat malang tersebut.

Rata-rata rakan dan netizen memenuhi ruang maklum balas dengan menzahirkan ucapan takziah kepadanya.

Netizen, Julistyoip mendoakan Alviani dibawah lindungan ALLAH SWT.
Bagi, Rorisrei pula menyatakan, ‘ALLAH will save the light for you and bring you out from the dark’. Al – Fatihah.

Enam krew kabin disenaraikan Lion Air ialah Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikah, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda, dan Deny Maula manakala juruterbangnya Kapten Bhavye Saneja dan pembantu Harvino.

Nahas Lion Air: Juruterbang beri indaksi pulang pangkalan

KUALA LUMPUR – Sebelum pesawat Lion Air JT-610 terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin, juruterbang pesawat dilaporkan memberi indikasi untuk pulang ke pangkalan.

Memetik Astro Awani, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dari Kementerian Pengangkutan Indonesia, Sindu Rahayu seperti yang dipetik menerusi laporan Kompas TV berkata, juruterbang pesawat JT-610 memberi indikasi untuk kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sebelum ia dipercayai hilang dari radar.

Lion Air JT 610 itu meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.
Ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).

Kata jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, pesawat itu disahkan telah terhempas.

Pesawat itu dipercayai terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.

Setakat ini, dipercayai seramai 178 orang dewasa, seorang kanak-kanak, dua bayi, dua juruterbang dan enam kru penerbangan.

Namun, senarai penumpang penerbangan masih belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa di Indonesia.

Post a Comment

0 Comments