Tak Serik...Pasangan Lesbian Terengganu Menangis Di Sebat Depan Orang Ramai

Tak Serik...Pasangan Lesbian Terengganu Menangis Di Sebat Depan Orang Ramai

Tak Serik...Pasangan Lesbian Terengganu Menangis Di Sebat Depan Orang Ramai

Gara-gara melakukan hubungan sejenis, hukuman sebatan di khalayak umum terhadap pasangan lesbian berusia 22 dan 32 tahun berjalan lancar dan disaksikan kira-kira 150 orang awam

Kedua-dua pesalah menjalani hukuman sebatan sebanyak enam kali setiap seorang di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Rosdi Harun dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

Hukuman sebatan di khalayak umum yang dilaksanakan hari ini adalah yang pertama kali dilakukan di Terengganu.

Hukuman enam kali sebatan dijalankan dalam tempoh hampir satu minit.

Masing-masing mengalirkan air mata ketika disebat.

Hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Pada 18 Ogos lalu, kedua-dua pasangan terbabit dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,300 setiap seorang dan enam sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.





Post a Comment

0 Comments