Nasib Ikan...Kedai Diarah Tutup Selepas ‘Kantoi’ Lekatkan Mata Palsu Pada Ikan Untuk Nampak Segar

Nasib Ikan...Kedai Diarah Tutup Selepas ‘Kantoi’ Lekatkan Mata Palsu Pada Ikan Untuk Nampak Segar

Nasib Ikan...Kedai Diarah Tutup Selepas ‘Kantoi’ Lekatkan Mata Palsu Pada Ikan Untuk Nampak Segar

Seorang penjual ikan di Kuwait ‘kantoi’ menipu pelanggan dengan cara licik untuk membeli ikan jualannya dan menyebabkan premis miliknya diarah tutup oleh pegawai penguatkuasa tempatan.
Peniaga itu dipercayai melekatkan mata plastik pada ikan jualannya bagi menjadikannya kelihatan lebih segar dan menarik minat pembeli di kedainya.
Perbuatannya itu terbongkar apabila salah seorang pembeli di kedainya memuat naik rakaman ikan bermata segar itu di laman facebooknya sebelum tular dan dikongsi oleh akhbar tempatan, Al Bayan.
Video yang berdurasi selama 40 saat itu memaparkan wanita tersebut memberitahu tentang ikan yang dibelinya sebelum mencabut mata palsu yang dilekatkan pada ikan dan menampakkan mata ikan sebenar yang tidak segar lagi.
Video dan gamabr yang tular di laman sosial itu menerima pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya berasa lucu dengan kejadian itu.
Premis ikan milik peniaga itu dlaporakan diarahkan tutup serta merta oleh Kementerian Perdagangan Negara selepas helahnya dihidu.

Sumber- Ayman Mat

Post a Comment

0 Comments