Tak mampu Bayar Kos Pengebumian,Anak Ratap Kematian Bapa

Tak mampu Bayar Kos Pengebumian,Anak Ratap Kematian Bapa

Tak mampu Bayar Kos Pengebumian,Anak Ratap Kematian Bapa

GAMBAR seorang budak lelaki sedang menangis di sebelah mayat bapanya telah membuatkan pengguna media sosial di India mengumpul lebih dari 3 juta rupee (RM181,605) untuk keluarganya dalam masa sehari.

Gambar itu diulang kicau di Twitter lebih dari 12,000 kali dengan lebih 20,000 tanda 'like'.
Anil, 27, adalah seorang pekerja pembetung di ibu negara Delhi, yang meninggal dunia akibat tali yang menurunkannya ke dalam pembetung yang terputus.
Dianggarkan kira-kira 100 pekerja pembetungan mati di India setiap tahun.

Kesatuan mendakwa kejadian ini berpunca akibat mereka tidak diberi peralatan keselamatan yang sesuai.

Seorang wartawan di The Hindustan Times, Shiv Sunny yang memuat naik posting itu di Twitter pada Isnin memberitahu BBC bahawa dia terkejut melihat budak lelaki berusia 11 tahun itu yang sedang bersedih di tepi mayat bapanya.




"Saya seorang wartawan jenayah dan saya telah melihat banyak tragedi, tetapi ini adalah sesuatu yang saya tak pernah lihat."

Sunny berkata dia mengambil gambar itu beberapa minit sebelum mayat Anil dibakar.
"Saya hanya mahu menarik perhatian tentang kematian pekerja pembetung," kata Sunny. "Ia (gambar) menceritakan tentang nasib keluarga."

Sunny berkata keluarga itu tidak mampu membayar kos pembakaran dan terpaksa dibantu oleh jiran.

Mereka juga memberitahunya bahawa anak lelaki Anil yang berusia empat bulan baru sahaja meninggal dunia seminggu lalu akibat radang paru-paru yang mana keluarganya tidak mempunyai wang untuk membeli ubat-ubatan.

Anil juga mempunyai dua anak perempuan, berusia tujuh dan tiga tahun.
Tweet Sunny juga menarik perhatian yayasan Uday, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bersedia membantu untuk mengumpul dana dengan bantuan Ketto, platform pengumpulan dana.

Dan sambutannya amat menggalakkan.

"Ia benar-benar tidak dijangka," kata Sunny.



Dia menambah pelakon Bollywood juga menghubunginya untuk bertanya bagaimana mereka boleh membantu keluarga Anil, selain individu miskin juga telah menyumbangkan sejumlah wang dengan nilai serendah 10 rupee.

Banyak persoalan dan komen mengenai keluarga itu di media sosial telah mendorongnya untuk kembali dan mengetahui lebih lanjut mengenai mereka.

Sunny juga berbual dengan budak lelaki yang bersedih itu, yang memberitahunya bahawa dia kadang-kadang menemani bapanya bekerja dan 'menunggu di luar untuk menjaga pakaian dan kasutnya daripada dicuri'.

"Bapa saya kata masih belum tiba masanya untuk saya masuk ke dalam pembetung," Sunny memetik budak lelaki itu sebagai berkata di Hindustan Times.

Polis memberitahu laman web berita NDTV bahawa siasatan ke atas kematian Anil menunjukkan tali itu tidak cukup kuat dan Anil tidak memakai alat perlindungan.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan kematian pekerja pembetung di Delhi bulan ini.
Lima yang lain meninggal dunia semasa membersihkan loji rawatan kumbahan. Polis mendakwa mereka tidak membawa peralatan keselamatan dan menahan penyelia mereka.

Sunny berharap anak-anak Anil dapat bersekolah dengan wang yang telah dikumpulkan.
"Dengan tawaran bantuan orang ramai, mereka mungkin mempunyai masa depan sekarang," kata Sunny.

Post a Comment

0 Comments