Best Information

Breaking

Tuesday, 18 September 2018

20 Tuduhan Tunggu Rosmah,Akan Didakwa Dalam masa Terdekat

Loading...
20 Tuduhan Tunggu Rosmah,Akan Didakwa Dalam masa Terdekat

Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka akan berdepan sehingga 20 dakwaan yang kebanyakannya berkaitan pengubahan wang haram.
Menurut laporan New Straits Times, Rosmah akan didakwa "dalam masa terdekat" sementara penyiasat melengkapkan siasatan.
"Menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, Rosmah [....] boleh didakwa sehingga 20 tuduhan jenayah, kebanyakannya dikaitkan dengan dakwaan pengubahan wang haram," kata laporan itu.
Salah satu dakwaan dikatakan mempunyai kaitan dengan "produk anti penuaan daripada AS yang bernilai RM1 juta" yang dipercayai dibeli dari wang SRC International.
"Menurut sumber, bayaran cek lebih RM1 juta dibuat kepada seorang (individu berpangkat) 'Datuk' pada Feb 2015 untuk pembelian dua set ubat yang masing-masing bernilai RM500,000," kata laporan itu lagi.
Doktor berkenaan dikatakan telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden persatuan perubatan yang dikaitkan dengan kepakarannya.
Rosmah juga didakwa membeli "makanan kesihatan 100 peratus berasaskan tumbuhan untuk mengekalkan keremajaan, semangat, daya hidup yang didakwa merupakan anti penuaan"
Laporan itu bagaimanapun tidak memberi butiran wang yang digunakan untuk produk kedua yang dinyatakan itu.
Pada 5 Jun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Rosmah berhubung siasatan kes ke atas SR International.
SRC International merupakan bekas syarikat subsidiari 1MDB dan pada 2013 ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan pada 20 Mei lalu bahawa SRC International tidak mampu membayar hutangnya dan Kementerian Kewangan terpaksa membayar RM4 bilion yang dipinjam syarikat itu dari Kumpulan Wang Persaraan.

Laporan dari BH

KUALA LUMPUR:Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram dalam tempoh terdekat, selepas siasatan terhadapnya yang bermula dua tahun lalu, dibuka semula.
NSTP difahamkan, pasukan penyiasat sudah melengkapkan kelompangan dalam siasatan mereka terhadap isteri Datuk Seri Najib Razak itu, baru-baru ini.
Difahamkan, pasukan penyiasat membuka semula fail membabitkan Rosmah, 66, sejak tiga bulan lalu sejurus tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN).

Siasatan khusus itu menjurus kepada dakwaan sumber dana mencurigakan, mengaitkan suaminya yang sebelum ini menemui jalan buntu.
Rosmah pernah disoal siasat lebih tiga jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Jun lalu. Difahamkan soal siasat itu berkaitan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.
NSTP difahamkan satu daripada pertuduhan itu bakal menarik perhatian ramai iaitu membabitkan pembelian produk hormon anti-penuaan bernilai lebih RM1 juta dari Amerika Syarikat (AS).
Difahamkan, kehadiran Rosmah yang juga bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) sejak 2009 sehingga Najib disingkirkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu, hadir ke ibu pejabat SPRM baru-baru ini disebabkan penyiasat percaya dana daripada SRC digunakan untuk membeli produk berkenaan.
Produk itu dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon lebih 600 peratus, jika diambil secara berterusan.
Mereka yang pernah menggunakan produk itu mendakwa ia menambah baik tenaga dalaman, tidur yang lebih baik, meningkatkan keinginan seksual, mengurangkan berat badan, menguatkan otot dan memperbaiki sel kulit.
Menurut sumber, cek bayaran lebih RM1 juta dibuat kepada seorang doktor bergelar Datuk pada Februari 2015 bagi pembelian dua set ubat bernilai RM500,000 setiap satu.
Akaun dipercayai ditutup
Malah, cek yang diserahkan kepada doktor terbabit turut tertera nombor akaun sama dengan akaun bank AmIslamic milik Najib yang sudah ditutup sebelum ini.
Akaun terbabit dipercayai ditutup beberapa minggu selepas bayaran dibuat.


Ketika disoal siasat, doktor berkenaan memberitahu cek terbabit adalah untuk pembelian dua set ubat.
Produk lain yang dibeli dipercayai 100 peratus makanan berasaskan tumbuhan bagi merangsang badan manusia untuk mengekalkan keremajaan dan daya hidup.
Difahamkan, terdapat sekeping cek bernilai RM100,000 yang dibayar kepada sebuah syarikat pada Februari 2015 bagi kerja pembinaan sebuah rumah di Taman Duta.
Rumah berkenaan adalah kediaman peribadi Najib dan isterinya. Difahamkan pembayaran itu dibuat selepas selesai pembinaan pos penjaga keselamatan dan lain-lain lagi.
NSTP juga difahamkan, doktor yang pernah menjadi bekas Naib Presiden sebuah pertubuhan dalam bidangnya, meletak jawatan bagi mengelak pertubuhan itu diheret dalam kancah kontroversi.
Najib sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan mengikut Akta SPRM 2009 membabitkan wang berjumlah RM42 juta.
Sumber memberitahu, Najib dijangka berdepan lebih banyak pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram hujung bulan ini. - Berita Harian
loading...
terimakasih sudi like

No comments: