Seperti yang kita semua tahu, Itali adalah bandar Eropah yang bukan sahaja popular kerana dikenali sebagai “Kota yang tidak pernah tidur”, tetapi kerana seleksi pilihan makanan mewah yang membuatkan ia dikenali di mata dunia.
Kopi adalah antara minuman ruji masyarakat setempat di Itali, harga kopi yang dijual di kedai-kedai kopi sekitarnya juga boleh dikira sangat murah iaitu cuma €0.77 (RM3.70) secawan.
Untuk itu, ramai peniaga kopi terutamanya berlumba-lumba untuk mendapatkan ramai pelanggan, terutamanya pelanggan tetapuntuk terus menikmati kopi mereka yang bukan sahaja sedap dari segi aroma dan rasa yang berkualiti tetapi turut menyediakan dekorasi kafe yang versatile untuk menarik pelanggan sehari-hari.
Mengejutkan dengan perkhabaran baharu yang satu ini, Starbucks yang merupakan jenama kopi terkemuka di dunia dengan lebih 29,000 cawangan seluruh dunia akhirnya tampil melancarkan cawangan sulung mereka di Itali! Siapa sangka, di negara yang memiliki jutaan populariti penduduk yang meminum kopi setiap hari, baru kali ini Starbucks diberi peluang untuk menakluk di negara Ratatouille itu.
Lokasinya bertempat di Milan, apa yang menariknya adalah iabukan sahaja merupakan kafe pertama Starbucks bahkan seni bina bangunan Starbucks ini bukan calang-calang kerana ianya kelihatan seperti sebuah istana genit dari luar.
Sangat menakjubkan, hiasan dalamannya yang artistik membuatkan sesiapa sahaja terpegun sebaik melangkah masuk.
Menurut Starbucks, kelaianan yang diwujudkan untuk kafe pertamanya di Itali ini memang sengaja diwujudkan bukan untuk mereka yang ingin lekas mendapatkan kopi harian tetapi khas untuk tetapi yang mahu berehat, melepak serta meluangkan masa sebaiknya untuk bersantai dalam kafe yang mewah.
Antara hidangan lain yang turut disedikan selain pilihan kopi yang pelbagai adalah Pizza, minuman alkohol, pastri dna sebagainya.
Digelar Starbucks Milan Roastery, kini ia perlu bersaing dengan lebih 57,000 kafe seluruh Itali untuk menarik peminat kopi membeli kopinya yang bisa menjangkau harga dua kali ganda lebih mahal dari harga kopi biasa di kafe-kafe lain. Wow…
Lihat Foto-Foto Ruangan Dalam Starbucks Milan Rostery
Jadi, lepas ni kalau pergi Milan, Itali… jangan lupa singgah Starbucks Rostery ya. Ambil foto -foto Instagram worthy mesti mengancam ni!
0 Comments