Ada cerita seram sejuk menghantui tengah Kota London, lokasi di mana stesen kereta api bawah tanah Aldwych yang tidak digunakan hampir 40 tahun.
Siri terbaharu program realiti Paranormal Lockdown menjejaki kawasan paling seram di England dan stesen itu menjadi lokasi pertama yang dikunjungi pasukan produksi tersebut.
Mereka tinggal sekurang-kurangnya satu malam di beberapa lokasi berhantu.
Stesen tersebut lebih kecil daripada stesen lain dan memiliki dua platform serta dua landasan kereta api yang dibuka pada 1907.
Ia dibina khas untuk mengambil penumpang dari sebuah teater berhampiran yang popular pada zaman itu, The Royal Strand.
Stesen tersebut pernah digunakan sebagai pusat perlindungan semasa Perang Dunia Kedua.
Ketika Perang Dunia Kedua, stesen itu digunakan sebagai kawasan perlindungan yang menempatkan seramai 2,500 orang.
Pada 1830, seorang lelaki mengenakan bayaran kepada orang ramai yang ingin mengebumikan ahli keluarga mereka di sebuah kawasan berhampiran gereja, tetapi apa yang dilakukan sebenarnya hanyalah mencampak mayat ke dalam lubang sedalam enam kaki.
Selepas 20 tahun, 12,000 rangka mayat ditemukan apabila jemaah gereja mengadu tentang bau busuk dan serangga aneh mula berterbangan di kawasan itu.
Mereka juga mula menjumpai kelibat hantu wanita berpakaian kostum teater yang dipercayai roh Francis Maria Kelly.
Francis ialah seorang bintang di Royal Strand Theatre pada hujung 1800-an dan dikatakan menghantui stesen itu.
Bintang itu kecewa selepas ada pihak yang menutup teater berkenaan sehingga menyebabkan karier seninya berakhir.
Seorang editor rencana Mirror UK, Emma Jones menyertai aktiviti menjejaki hantu di stesen tersebut dan mula mendengar ada suara misteri yang menjerit 'Hello' kepadanya dan beberapa sukarelawan aktiviti paranormal lain.
Penjejak hantu, Nick dan Katrina Weidman ketika dirakam berada di stesen kereta api terbiar selama 40 tahun.
Namun, di satu arah bertentangan, Emma terdengar suara bisikan seorang wanita yang sayup-sayup.
Seorang sukarelawan, Nick Groff berkata: "Bolehkah kamu (hantu) cuba dan bercakap dengan kami?"
Tiba-tiba suara seorang wanita bertanya kepada seorang ahli sejarah yang turut berada di lokasi: "Adakah awak ingat tentang saya? Tahun apa sekarang?.
Satu lagi suara lelaki cuba berkomunikasi dengan mereka dan bertanya jika sesiapa di situ merupakan seorang doktor.
Ahli sejarah, Alan Brooke menjelaskan, lelaki yang maut di atas landasan kereta api itu mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.
Dakwa Emma, mereka tidak nampak bayang-bayang hantu tapi dapat merasai kehadiran roh di stesen tersebut. - Mirror UK
0 Comments