Awie Dan Isteri Di Ganggu Benda Pelik Selepas Filem Hantu Kak Limah

Awie Dan Isteri Di Ganggu Benda Pelik Selepas Filem Hantu Kak Limah

Awie Dan Isteri Di Ganggu Benda Pelik Selepas Filem Hantu Kak Limah

AWIE dan isterinya, Sharifah Ladyana akan mendapatkan rawatan perubatan Islam bagi mengubati gangguan misteri yang dialami.
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pe­nyanyi, Datuk Awie mendedahkan dirinya dan isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin mengalami gangguan misteri hingga membuatkan kehidupan mereka kurang selesa.
Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 50, berkata, perkara mistik itu hadir tidak mengira waktu sama ada siang atau malam. Ia didakwa berlaku sejak 13 tahun lalu.
Isterinya pula turut terpalit baru-baru ini sehingga wanita itu akan berasa takut sekiranya bersendirian di dalam rumah.
“Sebenarnya, gangguan ini, atau saya boleh kata ‘penyakit’ misteri ini bukan baharu sebab sudah berlaku sejak 13 tahun lalu. Kalau ‘benda’ itu mahu datang, dia akan datang dan kacau.
“Sejak tiga hari lalu, saya mula bertongkat dan percaya ia ada kaitan de­ngan ‘benda’ itu. Seperkara, tidak pasti sama ada secara kebetulan atau tidak, selepas kejayaan filem Hantu Kak Limah yang mencecah kutipan RM36 juta, lagi ‘benda’ itu ‘datang’ melawat,” ujarnya.
Awie berkongsi pengalaman menakutkan itu ketika ditemui pada majlis meraikan kejayaan filem Hantu Kak Limah di Hotel Berjaya Times Square di sini kelmarin.

Post a Comment

0 Comments