Setelah sebulan mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, pelakon Abby Abadi sekali lagi menerima seorang bayi perempuan.
Bekas pelakon drama bersiri Gerak Khas itu berkongsi mengenai bayi comel yang diberi nama Maisara Dayana Fathia di laman Instagram miliknya.
VIDEO :
“Assalamualaikum. Selamat Pagi. Kita ada berita gembira nak share pagi ni. Kita dah ada baby “kembar tak seiras” & “kembar tak sebulan” heheAlhamdullillah. Allah izinkan saya dan suami jadi nama abah pada baby2 ni. Doakan yg terbaik ye. Kami akan usahakan yang terbaik Lillahi Taala.“Tak perlu rajin sangat judge, itu tak kena, ini tak betul. Sy tengah dalam pantang ni, behave ok hihi tulisnya.
Menerusi posting lain juga, dia menyifatkan kehadiran Dayana yang juga dianggap kembar kepada Daiyan itu kerana pernah mengimpikan untuk memiliki anak kembar sejak dahulu lagi.
Selain itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut melakukan tahnik apabila Abby bersama suami, Muhammad Faizal membawa anak-anak angkat mereka hadir ke pejabatnya.
Bekas suaminya, Norman Hakim bersama isteri, Memey Suhaiza turut melakukan tahnik bagi anak perempuan mereka, Mikayla Delisha Hakim yang dilahirkan pada bulan lalu.
“Menerima kunjungan @normanhakim_786 dan isteri @memeysuhaiza juga @abby_abadi112 , membawa anak masing-masing untuk ditahnik sebentar tadi.
“Kepada En. Norman dan Puan Memey, moga Mikayla Delisha Hakim menjadi anak yang solehah.
“Begitu juga Puan Abby dan En. Faizal, moga Muhammad Daiyan dan Maisara Dayana juga menjadi anak yang soleh solehah,” katanya.
Memang meriah habis la! Kalau berkumpul satu keluarga ni, ada jugak yang tersilap anak nanti. Heheh!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
0 Comments