Ketika ini fenomena tarian Keke Challenge di luar kerera masih belum reda, dan masih menjadi ikutan rakyat Malaysia.
Yang terbaru, ahli perniagaan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman turut terjebak membuat tarian itu.
Namun yang bestnya, Aliff Syukri yang popular dengan tagline Terlajak Laris telah dimarahi isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Menerusi video berdurasi 46 saat itu, Aliff Syukri sedang syok buat tarian Keke namun Shahida telah datang dan terus menegur tindakan suaminya itu.
Sahida telah membebel dan meminta agar suaminya berhenti daripada meneruskan tarian itu kerana ia budaya barat.
Ini antara kata-kata Shahida:
"Ustaz kan dah kata, 'keke' tu budaya barat. Benda tak elok cepat sangat nak ikut.
"Dah nak masuk Maghrib ni. Tak payah ikut trend sangat,"
Juatawan yang kini berusia 31 tahun itu akhirnya akur dengan permintaan isterinya selepas kena bebel dengan teruk sekali.
Aliff Syukri melakukan tarian 'Keke Challenge' untuk mengubati hatinya.
"Okaylah! Banyak sangat bebel, macam makcik-makcik. Pening kepala,"
Video tersebut dimuat naik oleh Aliff Syukri ke akaun Instagram miliknya pada Sabtu malam.
Kata Aliff Syukri, tujuan beliau melakukan ‘Keke Challenge’ untuk menggembirakan hatinya yang sedih mungkin kerana insiden melibatkan keretanya Ferrari yang terbakar pada petang Khamis.
Ini tulisnya:
"Sebanarya saya baru nak ber #kekechallenge untuk happy kan diri yang sedih tapi orang tak faham perasaan saya.. myvi pun okeyy lahh"
Ini video Keke Aliff SYukri:
Diimbas kembali, pada Khamis, sebuah kereta Ferrari model 458 Italia yang dianggarkan berharga RM1.8 juta milik beliau rentung di di Kilometer 39.5 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway.
Kes ini masih lagi dalam siasatan.
0 Comments