SEKURANG-kurangnya 18 pengguna Twitter tampil untuk berkongsi pengalaman ngeri mereka bersama pemandu teksi yang mendakwa dirinya diekori oleh hantu dan roh.
Kisah pemandu teksi misteri di Bangkok, Thailand ini bermula pada Ahad, apabila pengguna Twitter CheezeBaek berkongsi tentang perjalanannya yang menyeramkan.
"Pemandu itu menyeramkan, merungut 'saya sangat takut' dan saya rasa macam nak menangis sepanjang perjalanan kerana dia seolah-olah sedang diganggu makhluk halus," tulisnya.
"Ketika kami tiba di destinasi, dia hanya memberitahu saya untuk meninggalkan tambang dalam sebuah mangkuk kerana dia terlalu takut untuk menoleh belakang. Rupa-rupanya, ada hantu duduk dengan saya di belakang," katanya.
Selepas tweet itu tular, 17 orang lagi pengguna menjawab bebenang Twitter itu, mendakwa berdepan pengalaman serupa dengan pemandu teksi berkenaan.
"Saya menahan teksi ini di taman Lumpini," kata seorang pengguna Twitter.
"Dia secara rawak membuka pintu penumpang, nampak macam menghalau hantu. Ketika kami beritahu ingin turun di Sam Yan, dia beritahu kami untuk meninggalkan wang dalam mangkuk dan tidak memegang apa-apa...seram sangat."
Sementara itu, seorang pengguna lain mendakwa pemandu teksi itu telah menoleh ke belakang dan menjerit kepadanya. Kejadian ini berlaku pada pukul 2 pagi.
"Sekitar jam 2 pagi ... dia seolah-olah bersembang dengan seseorang," imbas pengguna itu.
"Jika saya bergerak sedikit, dia akan tengok belakang, menjerit kepada saya dan kemudian ketawa. Saya terkejut."
Secara keseluruhannya, pemandu teksi 'merungut' sepanjang perjalanan, seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang adalah kisah yang sama dalam setiap cerita yang dikongsi.
Kisah-kisah itu mencapai kemuncaknya apabila seorang wanita berkongsi rakaman pemandu teksi misteri itu yang didakwa dirakamkan pada Ahad.
"Saya sangat takut," katanya, selepas melihat sekeliling tempat duduk sambil wanita itu merakamkan gelagatnya dari tempat duduk belakang.
วันนี้ก็เจอมาค่ะ หลอนมากกกเลยขอลงก่อน😭😭😭😭 เห็นโพสนี้ช้าไปฮื่อออ pic.twitter.com/sl9nVYPVdA— nnursiie♡ (@nnursiie) August 5, 2018
0 Comments