“Diluar Waktu Kerja Saya Bertudung,” Luahan Pramugari Ini Buat Ustaz Ebit Lew Sebak

“Diluar Waktu Kerja Saya Bertudung,” Luahan Pramugari Ini Buat Ustaz Ebit Lew Sebak

“Diluar Waktu Kerja Saya Bertudung,” Luahan Pramugari Ini Buat Ustaz Ebit Lew Sebak

Isu pemakaian tudung dalam kalangan pramugari syarikat penerbangan milik negara kembali dibangkitkan baru-baru ini dan menjadi isu panas yang diperkatakan. 

Pramugari sebolehnya diminta diberikan pilihan untuk bertudung atau tidak tetapi cadangan itu menjadi perdebatan ramai kerana ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang menolak sama sekali cadangan tersebut.

Perkongsian Ustaz Ebit Lew mengenai pengalamannya baru-baru ini, membuatkan ramai yang tersentuh.

Kerana tuntuan kerja, ada ‘anak kapal’ yang merintih apabila mereka sebenarnya bertudung di luar waktu kerja tetapi terpaksa mengorbankan semua itu demi sumber rezeki untuk keluarga.


Sebak naik flight baru ini…

Bila seorang pramugari wanita menangis kata, ustaz saya suka dengar ceramah ustaz pada anak-anak di tepi jalan dan mat rempit. Sebak ustaz cerita pasal mak ayah.

Ustaz,doakan saya yer. Saya nak menutup aurat nak pakai tudung. Saya nak tanya takper ke. Saya lepas kerja jer terus pakai tudung dan cuba belajar menutup aurat dengan sempurna. Saya solat 5 waktu. Inilah sumber rezeki saya buat keluarga.

Selalu dengar ceramah ustaz. Selalu rasa bersalah kena hidangkan arak. Kadang-kadang lagi bersalah jika yang nak arak tu orang Islam. Bertambah-tambah rasa bersalah. Doakan yer ustaz..


Dah 3 orang pramugari cakap begini terus pada saya..bila mereka sebak. Saya jadi sedih. Saya doakan Allah beri bahagia sampai syurga buat mereka dan Allah bukakan hati semua pembuat keputusan di syarikat penerbangan dan negara ini tentang pemakaian untuk mudahkan buat mereka.

Terima kasih kepada yang memperjuangkannya.. saya pernah tulis 4 tahun lepas pasal ini masa ada pramugari tanya saya soalan-soalan tentang agama dan kekeluargaan atas flight. Semoga airlines lain juga diberi dapat menutup aurat dengan sempurna..

Yerlah bila kita lalui hidup ini kita cuma inginkan Redha Allah. Kita setiap hari umur bertambah…Ya Allah mudahkanlah buat semua saudara kami dalam urusan ketaatan padaMu. Sama-sama kita satu hati membantu, menyokong dan mengusulkan dan berdoa buat saudara kita supaya Allah sayang kita semua.

Kita semua belum tahu keadaan kita diakhirat nanti. Kita akan tinggal dunia ini satu hari nanti. Redha Allah segala-galanya.

Sumber : Ebit Lew

Post a Comment

0 Comments