Kisah benar
Seorang dermawan meninggal dunia dalam keadaan ngeri dan memalukan..
Seorang dermawan meninggal dunia dalam keadaan ngeri dan memalukan..
.
.
Tok siak buat pengumuman kematian seorang penduduk kampung pasir kasar.innalillahiwainnailaihirojiun. Muda lagi harun dah dipanggil Allah. Tinggal anak2 yang masih kecil dan isteri yang masih muda.
.
.
Segala persiapan berjalan dengan baik.alhamdulillah harun masa hayatnya tak kedekut. Suka tolong orang.semua menunggu di tanah perkuburan untuk urusan pengebumian Harun. Rata rata yang datang menangisi pemergian Harun kecuali isteri dan anak2 tenang sungguh mereka.
.
.
Perkara aneh berlaku dimana jenazah Harun sukar untuk dikebumikan.dalam liang nya penuh dengan ular2 berbisa yang entah dari mana datangnya.penghulu putuskan untuk panggil bomba menangkap semua ular2 tu. Allah maha kuasa , makin di angkut ular tu keluar dari liang makin banyak ada seolah tak habis.semakin banyak ada dalam liang tempat untuk kebumikan harun.semua kehairanan.
.
Kenapa jadi macamni sedangkan Harun seorang yang tidak tinggalkan solat.tidak kedekut dan rajin menderma. Harun ringan tulang dengan keluarga dan orang kampung. Dia anak muda yang di sukai.
.
.
Hari dah lewat.dari pagi sampai ke subuh esoknya belum selesai. Penduduk berbincang bagaimana nak selesaikan jenazah harun yang dah lama ni. Penghulu arahkan gali kubur lain.perkara sama juga berlaku malah lebih anih.ada ular berkepala babi.Allahuakbar.
.
.
Imam dan penghulu heret isteri arwah Harun untuk bertanya apakah perbuatan harun yang tidak d ketahui umum sepanjang hayatnya.
.
.
Isteri arwah harun buka cerita dalam tenang. Sejak dari mula2 Harun meninggal tak kelihatan lagi air mata Zawiyah mengalir.
Kata Zawiyah,Harun seorang yg baik dan suka berderma. Baik kepada ibu dan adik beradiknya. Baik kepada orang ramai tapi dia tidak berlaku baik kepada saya dan anak2. Sekali lagi saya tekan..dia tidak baik kepada saya dan anak2. Harun tak bertanggungjawab. Dia abaikan nafkahnya kepada saya dan anak anak.katanya sebab saya dah banyak duit berbanding dia.
.
.
Padahal saya juga cukup2 makan.duit yang saya dapat cukup untuk bayar bil elektrik , sekolah anak,makan pakai anak termasuk dia. Saya tak pernah minta walau sekering apa pun poket saya , seperlu apa pun saya , saya tak pernah minta . Cukuplah dulu dia ucapkan pada saya "tak ada guna aku habiskan duit aku pada kamu.sedangkan kamu sudah punya wang!!"
.
.
.
.
20 tahun saya hidup dengan arwah penuh rasa sabar dan tertekan. Dia baik layan saya tapi ketika dia dalam mood baik. Ada lah dalam 3 ke 4 jam seminggu dia baik. Selebihnya dia ikut rasa hati dan perasaan dia. Sakit tubuh badan dan hati saya tok.
.
.
Saya halalkan duit saya yang saya belanjakan untuk dia. Tapi saya tak akan pernah halalkan nafkah dari dia untuk saya dan anak yang dia tak tunaikan dengan baik. Kecuali dia tak berduit. Tapi saya tahu dia ada banyak duit hasil perniagaan dia. Itu kewajipan dia.
.
.
Saya juga tak halalkan setiap perkataan mencaci memaki terhadap saya dan anak sepanjang kami hidup bersama. Setiap tahun saya menanti Harun belanja saya dan anak2 untuk hari raya tanpa keluarkan duit dari poket saya.tak kesampaian tok. Dia dah dipanggil Allah
.
.
.
Berikut luahan zawiyah. Tok penghulu dan imam terkejut. Kami nampak dia baik dengan kamu. Kami tak sangka dia begitu. Kamu maafkanlah dia. Kata pak imam. Tapi zawiyah berkeras tidak mahu memaafkan harun. Biarlah Allah tentukan. Kami dah puas seksa.
.
.
Akhirnya semua memutuskan untuk kebumikan saja harun. Harun selamatdikebumikan dengan beratus ekor ular aneh yang berbisa.
.
.
Peringatan untuk lelaki.jangan ambil mudah nafkah dan layanan terhadap isteri. Allah telah berfirman dalam surah annisa.muliakan wanita kerana mereka adalah kaum yang lemah. Nafkah kepada anak dan isteri wajib.sekiranya isteri dan anak tidak halalkan perbuatan buruk kamu kepada nya maka sampai bila bila Allah melaknat kamu.
.
.
Walaupun isterimu seorang jutawan , tanggungjawabmu adalah wajib.kalau isterimu kata aku tak halal duit ku terhadap mu, maka haram atas kamu wahai lelaki.
.
.
Kredit : Ustaz Qordhowi
Gambar ehsan FB: Kejadian di Turki ketika proses pemindahan kubur ke kawasan lain. Salah 1 kubur dipenuhi ular berbisa. Wallahua'lam..
0 Comments