Alahai manisnya, alahai untungnya, alahai comelnya…itulah yang sering diungkapkan ketika mata menjamu gambar si puteri jauh dari tanah England.
Sejak lahir pada tanggal 2 Mei 2015, Puteri Charlotte sudah pandai menarik perhatian media bukan sahaja pada wajah comelnya tapi keletah yang dipamerkan jika muncul dalam majlis rasmi atau kasual diraja.
Jika fesyen si ibu sentiasa menjadi ikutan dan inspirasi #ootd tidak dilupakan juga pada si junior Kate dan Putera William.
Gemar memakai gaun paras lutut, bercorak bungaan dan variasi warna pastel lembut.
Timbul persoalan, Puteri Charlotte seolah-olah tidak mempunyai sebarang pakaian lain, selain gaun.
Sebagai penata gaya anak gadisnya, Kate Middleton berkeras hanya memakainya Puteri Charlotte hanya dengan gaun paras lutut itu.
Alasannya…
Gaya ringkas dan klasik merupakan cara untuk menjadikan gambar kenangan kanak-kanak timeless yakni tidak tenggelam zaman.
Malah pakaian yang ringkas juga menyerlahkan lagi siapa si pemakai tanpa diganggu pakaian yang sarat.
Malah pakaian yang ringkas juga menyerlahkan lagi siapa si pemakai tanpa diganggu pakaian yang sarat.
Tiada salahnya untuk Puteri Charlotte memakai seluar tapi Kate lebih gemar anaknya mengikut gaya tradisional.
Kebanyakan puteri-puteri diraja terdahulu termasuklah Ratu Elizabeth memakai gaun jika berada di tempat awam.
Ratu Elizabeth
Berkemungkinan Kate ingin mengekalkan tradisi tersebut pada anak gadisnya. Bagi mengelakkan nampak bosan, Kate padankan gaun comel Puteri Charlotte dengan aksesori seperti kardigan, kasut dan reben rambut.
Pakar fesyen diraja berpendapat, Puteri Charlotte mungkin memakai seluar atau fesyen kasual jika di dalam kediaman mereka.
Topik yang sama juga berlaku pada kekandanya, Putera George yang kerap mengenakan seluar pendek ketika membuat penampilan luar istana.
Walauapapun yang dikenakan pada tubuh kecil si puteri ini pasti menjadi ingatan ramai kerana benar ianya timeless dan klasik!
0 Comments