Tak fasih bahasa Melayu, Tommy minta perbicaraan Najib dalam bahasa Inggeris

Tak fasih bahasa Melayu, Tommy minta perbicaraan Najib dalam bahasa Inggeris

Tak fasih bahasa Melayu, Tommy minta perbicaraan Najib dalam bahasa Inggeris

Tommy Thomas mengetuai pendakwaan terhadap Najib Razak.

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, meminta perbicaraan di Mahkamah Tinggi dilakukan dalam bahasa Inggeris.

“Saya mohon prosiding dalam mahkamah dibuat dalam Inggeris,” katanya dalam bahasa Melayu kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas 4 pertuduhan dibacakan dalam bahasa kebangsaan.

Kefasihan Thomas dalam bahasa Melayu antara isu yang dibangkitkan pengkritiknya ketika beliau dinamakan sebagai pengganti Tan Sri Mohamed Apandi Ali, awal bulan lalu.
Susulan kritikan itu, bekas peguam terkemuka itu berjanji akan memperbaiki kelemahan berbahasa Melayu.

“Masalahnya dengan amalan swasta yang saya lalui selama 42 tahun, berurusan dengan anak guam, pada dasarnya klien komersial dan dokumen…saya mengabaikan bahasa (Melayu) saya. Saya berjanji akan memperbaikinya,” katanya sebelum ini.

Dalam perkembangan terkini di mahkamah hari ini penyokong Najib mencetuskan kekecohan membantah Tommy Thomas bercakap dalam sidang medianya dalam bahasa Inggeris.

Post a Comment

0 Comments