Shafee rayu ikat jamin Najib, anak isteri perlu cari duit,Hanya Ini Duit Yang Mereka Ada
Datuk Seri Najib Razak didakwa di mahkamah dan mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu dakwaan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM42 juta. – Foto Astro Awani
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta dibicarakan selepas 4 pertuduhan itu dibacakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sofian Abdul Razak.
Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta untuk semua pertuduhan dengan 2 penjamin dan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.
Terdahulu, pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas meminta ikat jamin ditetapkan pada RM4 juta, iaitu RM1 juta bagi setiap pertuduhan.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula memohon hakim mengurangkan jumlah itu kepada RM500,000 hingga RM800,000 dan membenarkan anak guamnya menyerahkan geran tanah yang mempunyai nilai sama untuk menggantikan wang tunai.
“Anak guam saya melalui anak-anak dan isterinya perlu dapatkan duit dari saudara-saudara mereka. Mereka mempunyai sejumlah wang, tetapi setakat ini tidak sampai RM4 juta,” kata Shafee.
0 Comments