Patut La Najib Takut Thomas

Patut La Najib Takut Thomas

Patut La Najib Takut Thomas

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa, Peguam Negara, Tommy Thomas dengan jelas menulis artikel yang merumuskan bahawa wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, sebelum dilantik mengetuai Pejabat Peguam Negara lagi.

Najib berkata, Tommy menulis artikel terbabit yang berhubung kait dengan 1MDB bertajuk Grand Lacerny In 1MDB pada Julai 2016.

“Pendirian Thomas yang jelas tidak menyukai saya dalam artikel itu melahirkan kebimbangan saya yang beliau tetap akan mencari jalan untuk mengenakan satu pertuduhan ke atas saya dengan apa cara sekalipun.

“Artikel itu adalah jelas menunjukkan Thomas sudah mempunyai pendirian tersendiri ke atas saya dan saya merasakan tidak akan mendapat pertimbangan sewajarnya… 

Justeru saya menyatakan yang Thomas tidak patut dan tidak layak untuk terbabit dalam penyiasatan 1MDB dengan apa cara sekalipun,” katanya

Najib berkata demikian melalui afidavit sokongan difailkannya bersama-sama saman pemula secara ex-parte (sebelah pihak) terhadap Thomas; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull; dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Najib memohon perisytiharan dan perintah bahawa ketiga-tiga responden adalah pihak berkepentingan dalam penyiasatan 1MDB dan bertindak secara prejudis terhadapnya (Najib) serta pembabitan mereka adalah tidak sah.

Prosiding kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadualkan pada 16 Julai ini.

Nota Ana Ghoib: Tommy, Shukri dan Amar percaya barangkali wang 1MDB 26 ribu juta masuk akaun Najib maka beban membuktikan sebaliknya adalah tugas Najib orang kena tuduh.

Tak perlu jadi peguam untuk faham hak menjawab ini dan tak perlu jadi pakar ekonomi untuk tahu kesan GST membebankan rakyat miskin dan cukai CGT tidak dilaksana menyukakan orang kaya golongan elite seperti kamu. 

Post a Comment

0 Comments