Bekas perdana menteri, dan juga pengerusi 1MDB, Datuk Seri Najib Razak mengaku keputusan berhutang untuk firma itu bukan pilihan terbaik. — Foto AFP
Datuk Seri Najib Razak menyesal tidak mengambil langkah mengawal urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Susulan skandal tersebut, bekas perdana menteri juga mengaku keputusan berhutang untuk firma itu bukan pilihan terbaik, lapor Malaysiakini.
“Mungkin bagi menjalankan 1MDB, kita wajar meletakkan lebih kawalan untuk memastikan ketelusan, urus tadbir baik dan akauntabiliti.
“Saya kesal tidak melakukan perkara ini, kerana itu banyak perkara salah berlaku,” kata bekas menteri kewangan itu dan juga beka pengerusi 1MDB.
Dalam wawancara dengan portal itu, beliau mengakui kerajaan pimpinannya sepatutnya membenarkan audit 1MDB dibuka kepada jawatankuasa Parlimen.
Namun Najib juga menyatakan kerajaan BN waktu itu menjadikan audit 1MDB rahsia dengan memberi alasan mengelak kandungannya diputar belit oleh pembangkang.
0 Comments