Kenapa Susah Nak Keluarkan Dari Gua ? Ini Yang Harus Dilalui Para Penyelam

Kenapa Susah Nak Keluarkan Dari Gua ? Ini Yang Harus Dilalui Para Penyelam

Ramai yang tertanya-tanya kenapa susah untuk pasukan penyelamat dan pasukan penyelam untuk mengeluarkan pemain bola sepak Thailand dan jurulatihnya dari dalam gua ? 

Ini adalah keadaan dan laluan yang perlu dilalui penyelam 
Mereka terpaksa menyelam selama 3 jam dan sejauh 10 kilometer untuk sampai ke tempat pasukan bola sepak tersebut berada. Pelbagai bantuan dari banyak pihak untuk membantu proses mengeluarkan ini. Di Thailand musim monsoon baru sahaja bermula dan paras air semakin meningkat hari demi hari. 
kenapa susah nak keluarkan dari gua ? ini yang harus dilalui para penyelam
Beratus tangki oksigen dibekalkan untuk mereka bagi proses ini. 
Semalam media melaporkan terdapat enam orang pelajar yang berjaya dikeluarkan. Namun, bekas gabenor Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn, yang juga ketua misi menyelamat mengesahkan hanya empat orang berjaya dibawa keluar setakat ini.
Misi SAR terpaksa ditangguhkan kerana pasukan penyelamat memerlukan sekurang-kurangnya 10 jam untuk membuat persiapan bagi operasi seterusnya. Ini berikutan hujan turun semula dan mereka mempunyai masa yang terhad. 
Boleh ke Facebook @Mohd Aznam Abdul Rahman  kalau nak dapatkan kronologi dan maklumat mengenai kejadian ini. 
Sumber: Awani & Facebook @Mohd Aznam Abdul Rahman 

Post a Comment

0 Comments