Biodata Ringkas 13 Mangsa Terperangkap Dalam Gua Tham Luang, Thailand,Kenali Mereka

Biodata Ringkas 13 Mangsa Terperangkap Dalam Gua Tham Luang, Thailand,Kenali Mereka

Biodata Ringkas 13 Mangsa Terperangkap Dalam Gua Tham Luang, Thailand,Kenali Mereka


Sehingga kini, masuk hari ke-16, pasukan penyelamat sudahpun berjaya mengeluarkan 4 orang daripada 13 mangsa keseluruhan yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai manakala laporan CNN sebentar tadi meyebut bahawa misi menyelamat 9 lagi mangsa dimulakan kira-kira pukul 3 petang tadi.

11 mangsa yang terperangkap di dalam gua tersebut merupakan ahli pasukan Wild Boar FC daripada sebuah akademik bola sepak di Thailand, manakala seorang lagi baru sahaja selesai menjalani ujian kemasukkan untuk diserap masuk ke akademik tersebut.

 Manakala satu-satunya mangsa dewasa yang terperangkap di dalam gua tersebut merupakan jurulatih kepada remaja-remaja tersebut.

Kesemua mangsa merupakan pemain bola sepak yang berbakat dan mempunyai impian untuk menyertai skuad kebangsaan Thailand dan menurut sebahagian ibu bapa mangsa, anak mereka juga merupakan pelajar yang cemerlang dan sangat berdedikasi.

Senarai Mangsa Terperangkap


1. Adul Sam-on, 14






Adul-Sam dilahirkan tanpa negara di Myanmar, dan dibesarkan oleh seorang Guru Agama Kristian di Thailand. Adul juga merupakan wajah yang seringkali menghiasi gambar-gambar yang diterbitkan oleh media selain menjadi individu yang berkomunikasi dengan dua penyelam British ketika kali pertama ditemui.

Adul mahir berkomunikasi dalm empat bahasa iaitu bahasa Thailand, Kemboja, Myanmar dan English. Adul disanjung media memandangkan Thailand hanya mempunyai kira-kira 3 peratus sajaha populasi yang mahir berkomunikasi dalam bahasa utama dunia itu.

Lahir di wilayah ditadbir sendiri, Wa di Myanmar, ibu bapanya menghantar dia ke sebuah gereja di Thailand ketika dia berusia tujuh tahun untuk mendapatkan peluang pendidikan lebih cerah dan masih berhubung dengan ibu bapanya yang kini berada di Myanmar.

Adul yang tidak mempunyai sijil lahir, tiada kad pengenalan dan passport bermakna dia tidak boleh berkahwin, mencari pekerjaan malah tidak dibenarkan untuk memiliki akaun bank sendiri, melancong atau mengundi, namun dia tetap berjuang untuk mencari masa depan yang lebih baik.

Selain mengusai empat bahasa dan mahir bermain bola sepak, Adul juga mahir menggunakan beberapa alat muzik antaranya piano dan gitar.


2. Duangpetch Promthep, 13






Dikenali sebagai Dom, dia merupakan Kapten kepada pasukan Wild Boar FC selain turut bertindak sebagai pemberi semangat kepada pasukan tersebut.

Rakan pasukannya memberitahu media bahawa Dom sememangnya mempunyai kualiti untuk menjadi ketua selain seorang yang kelakar. Dom juga dilaporkan mempunyai bakat luar biasa dalam bola sepak dan seringkali dinasihatkan untuk menjalani ujian dengan pasukan lebih tinggi yang bersaing dalam liga utama Thailand.


3. Mongkol Boonpiam, 14






Thinnakorn, ayah kepada Mongkol memberitahu bahawa anaknya seorang yang sangat rajin belajar, sama seperti semangat dan cintanya kepada bola sepak.

Mongkol menyertai pasukan Wild Boar FC setahun yang lalu, pada 23 Jun dan dia menghadiri latihan pada hari kejadian seperti biasa.

Ayahnya memberitahu bahawa Mongkol tidak memaklumkan mengenai lawatan ke gua Tham Luang kepadanya.


4. Ekkarat Wongsookchan, 14






Dikenali sebagai Bew, merupakan salah seorang daripada penjaga gol Wild Boar FC.


5. Pipat Bodhi, 15






Pipat Bodhi menurut laporan media bukanlah anggota pasukan Wild Boar FC. Sebaliknya pada hari kejadian, dia sebenarnya menyertai latihan tersebut sebagai ujian percubaan untuk diterima masuk kepada pasukan tersebut.

Pipat dikatakan berhajat untuk menyertai pasukan itu kerana mahu meluangkan lebih banyak masa dengan sahabat karibnya, Bew.


6. Prajak Sutham, 14






Berkongsi peranan yang sama seperti Bew, Prajak dikenali sebagai Note dalam kalangan rakan-rakan dan keluarganya. Note dikatakan seorang yang pendiam bagaimanapun mempunyai bakat yang baik di dalam sukan dan bercita-cita untuk mewakili pasukan yang lebih besar di Thailand.


7. Chanin Wiboonrungrueng, 11






Merupakan mangsa paling muda yang terperangkap di dalam gua tersebut. Dikenali sebagai Titan, dia sudah bermain bola sejak 4 tahun yang lalu.


8. Pornchai Kamluang, 16






Kian Kamluang, ibu kepada Pornchai memberitahu media bahawa pada awalnya dia diberitahu bahawa anaknya mempunyai peluang sebanyak 50 peratus sahaja untuk ditemui, namun berita tentang penemuan mangsa oleh dua penyelam British membuatnya sangat bersyukur.

”Ia seperti mati hidup semula, saya tidak akan membenarkan anak saya meneroka gua lagi,” katanya.


9. Peerapat Sompiangjai, 16






Dikenali sebagai Night dan bermain sebagai pemain tengah kanan dalam pasukan Wild Boar FC.


10. Nattawut Takamsai, 14






Dikenali sebagai Tle.


11. Panumas Saengdee, 13






Panumas juga dipanggil sebagai Mick, merupakan pertahanan kepada pasukan Wild Boar FC, dibesarkan oleh nenek dan datuknya yang ketika ini sedang berpuasa sehinggalah Mick berjaya dikeluarkan.

Jurulatihnya memujui Mick mempunyai bakat semula jadi untuk menjadi seorang pertahanan yang ideal, disebabkan ketangkasan dan stamina yang dimilikinya.


12. Sompong Jaiwong, 13






Penyokong setia Liverpool dan pasukan England, Sompong ataupun Pong bercita-cita  untuk mewakili skuad kebangsaan Thailand suatu hari nanti.


13. Ekkapol Chantawong, 25






Ketika berusia 12 tahun, Ekkapol kehilangan ibu, bapa dan adik lelakinya berusia 7 tahun akibat penyakit yang melanda kampung tempat tinggal asalnya.

Ekkapol yang dipelihara makciknya dilaporkan seorang yang penyendiri dan tidak banyak bercakap. Ekkapol kemudian dihantar ke sebuah kuil untuk menjalani ajaran Buddha untuk memulihkan kembali semangat dan mentalnya.

Ekkapol merupakan jurulatih kepada 12 mangsa yang lain dan dikatakan turut mengajar mangsa meditasi ketika terperangkap di dalam gua untuk membuatkan mereka merasa lebih tenang.

Sumber : Dailymail



Post a Comment

0 Comments