BANGKOK – Enam daripada 13 orang yang terperangkap dalam Gua Tham Luang sejak dua minggu lalu berjaya dikeluarkan dengan selamat.
Dua mangsa pertama selamat tiba sebelum 6 petang (waktu Thailand).
Seramai 18 orang penyelam terlibat dalam operasi menyelamat untuk mengeluarkan 12 orang pelajar lelaki dan seorang jurulatih bola sepak.
Gabenor Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn berkata, mangsa-mangsa yang terperangkap dalam keadaan baik sejak mereka ditemui oleh dua penyelam British pada malam Isnin lalu.
Kesemua mereka terperangkap dalam gua berkenaan selepas kawasan itu dinaiki air ketika
sedang meneroka.
sedang meneroka.
“Hari ini adalah harinya, mereka semua bersedia untuk menghadapi semua cabaran,” kata Narongsak.
Pelajar-pelajar dan jurulatih mereka perlu dikeluarkan dengan segera berikutan amaran hujan pada lewat malam Ahad yang akan menyebabkan air naik semula.
Katanya, kesemua mereka akan dikeluarkan seorang demi seorang dan setiap pelajar akan diiringi oleh dua penyelam
0 Comments