Semakin Nazak...Kakak Tak Henti Ajar Adik Mengucap ‘Allah’

Semakin Nazak...Kakak Tak Henti Ajar Adik Mengucap ‘Allah’

Semakin Nazak...Kakak Tak Henti Ajar Adik Mengucap ‘Allah’

Ikatan adik beradik, ibarat air yang dicincang takkan putus. Endang Kartini Azmi disahkan alami kanser payu dara dan seterusnya kanser hati. 

Kata kakaknya, Endang Suryati Azmi, 44, adiknya itu insan yang disayangi ramai. Demi kasih, mereka adik beradik bergilir menjaga saudara kandung yang sakit di wad hospital.

Adiknya, Endang Kartini bertahan dengan sakit kansernya ini dengan sangat menakjubkan. Namun, apabila sudah sampai tarikhnya Allah panggil pulang, berangkatlah roh itu pulang ke kampung akhirat.

Catatan ini kisah setahun yang lalu. Setiap kali menjelas Ramadhan, memori ini kembali menjelma di ruang fikiran Endang Suryati. Lagi-lagi, dialah kakak terakhir yang menyaksikan hayat adiknya diambil Ilahi.

Kak Ya, Boleh Tak Malam Ni Jaga Kak Tini

Kisah ini tak pernah luput dalam fikiran.

Kami bergilir gilir jaga arwah adikku yang kedua (Endang Kartini) termasuk mak kerana wad itu tidak dibenarkan lelaki jaga (suami kepada arwah).

Aku sebagai anak sulung mengambil tempat pertama di malam pertama kemudian diikuti oleh adinda yang lain. Selepas adikku yang keempat ( Endang Haryanty) jaga pada malam ketiga tibalah giliran ibuku pada hari tersebut 5/6/17. Mak nampak letih kerana berjaga juga di siang hari bulan puasa pula.

Tanggal 5 Jun 2017

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Satu panggilan telefon dari adikku yang ketiga (Endang Suhainom).

Kak Ya, boleh tak malam ni jaga Kak Tini sebab mak letih sangat.”

Aku dengan pantas membalas “Ok je.”

Aku terus beritahu suami nak guna kereta sebab nak jaga adik di hospital Penang, suami tak pernah halang kalau ianya melibatkan keluargaku. Malam itu aku drive sorang terus ke Penang. Jam menunjukkan pukul 11 malam, aku sampai di hospital LGL.

Di hospital semua ahli keluargaku ada di sana termasuk sahabat karib arwah adik Rosemaya Ishak. Bila je aku sampai dalam bilik arwah masa tu, aku dah nampak lain wajah adikku. Aku berpelukkan dengan Maya. Aku berkata kenapa sampai jadi begini. Kami sama-sama menangis.

Selepas semua pulang tinggal lah aku dan arwah adik je malam tu. Mungkin Allah nak beri aku kesempatan bersama adikku di saat saat akhir hidupnya.

Aku genggam tangannya sambil berbual walaupun aku tahu dia tak akan jawab apa yang aku tanya. Airmataku tak henti henti mengalir.

Tak Henti Ajar Adik Mengucap ‘Allah’

Jam menunjukkan pukul 3 pagi aku mula baca yassin berkali kali hingga ke subuh di telinganya. Selepas subuh aku kena suapkan ubat padanya, tapi arwah menolak tak mahu menelan lagi. Air liur mengalir. Aku mengambil keputusan mengajar dia mengucap berkali-kali sehinggalah aku sendiri puashati yang arwah dapat menyebut “Allah.”

Jam menunjuk pukul 7 pagi, nurse datang untuk periksa macam biasa. Aku beritahu oksigen paip tu kecil sangat, arwah susah nak bernafas. Mereka cuba tukar paip, tapi adik terus menarik paip tu. Tanganku digenggam erat. Nurse memberitahu supaya aku tunggu di luar sekejap. Tiba tiba aku mendengar jeritan yang kuat dri mulut arwah memanggilku “KAK YA” dengan jelas.

Aku terus bergegas masuk ke dalam tirai terus cium arwah sambil berkata “Kak Ya tak pi mana mana, Kak Ya ada sini dengan cheq.” Barulah dia diam, aku terus menerus mengajar dia mengucap tanpa henti.

Staf nurse kata pada aku, “Lebih baik panggil keluarga terdekat, bawa arwah pulang supaya dia pergi dengan perlahan-lahan. Dia dah semakin lemah.”

Aku tak faham, mungkin kepala masa tu tengah blur. Aku telefon mak, suami arwah untuk datang segera ke hospital.

Tiba tiba nafas adikku disentak, tubuhnya basah berpeluh dan matanya menutup perlahan lahan. Aku dah mula nampak urat timbul di seluruh badan. Wajahnya berubah seketika.
Aku masih tak dapat terima lagi yang adikku dah tiada. Setelah suami arwah sampai, beliau beritahu “Ya, Tini dah tak ada

Terasa memusing kepala ni, tapi aku cuba bertahan sehinggalah mak sampai aku rebah tak sedarkan diri ketika itu.

Bacaan Yassin Penuhi Ruang Bilik Wad

Bila sedar dah ramai memenuhi ruang bilik sambil semua baca yassin sementara pihak hospital menguruskan jenazah.

Aku diberi kesempatan kali kedua menyaksikan saat akhir hayat keluargaku. Selepas arwah bapa 17 tahun lalu, tahun lepas Allah beri peluang padaku sekali lagi bersama adikku Kartini Azmi Azahar disaat akhir hayatnya.

Peristiwa itu tak dapat aku lupakan, aku bersyukur diberi sedikit kekuatan dan peluang di saat akhir dan dapat mengajar adik mengucap.

Dia bidadari syurga, aku menyaksikan nyawanya ditarik dengan mudah tak menyeksakan. Allahuakbar bahagianya adindaku kerana 3 anak syurganya sedang menanti di pintu syurga. Beruntungnya adikku.

Al Fatihah. 
6/6/17 dia pergi jua. Segala deritanya dah berakhir kini dia menikmati kehidupan yang kekal abadi. 
Ya Allah tempatkan adindaku di syurgamu yang tertinggi. 
Aamiin.


Sumber/Foto : Suryati Curtain Deco

Post a Comment

0 Comments