Rahsia Sebenar Kuntuman Bunga Ros Untuk Kecantikan Wanita

Rahsia Sebenar Kuntuman Bunga Ros Untuk Kecantikan Wanita

Assalamualaikum dan selamat hari raya..
 akak saja nak share pasal benda yang santai-santai je. Anda pun masih dalam mood raya kan. Masih dalam mood untuk nampak cantik sepanjang berhari raya
#1 : Menghaluskan Kulit
  • Air ros di hasilkan daripada pati kelopak bunga ros.
  • Ia banyak digunakan untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit
  • Air ros di katakan sangat efektif bagi membantu mengatasi kulit kering, berjerawat, berminyak dan bernanah.
  • Air ros memiliki astringen yang dapat membantu mengurangi kemerahan akibat pembesaran kapilari darah

#2 : Memberi ketenangan
  • Air ros sangat bagus di campurkan dengan air panas untuk berendam.
  • Ia membuatkan anda berasa relaks  dan lebih tenang
  • Pendek kata, campuran air mawar boleh menjadi penawar stress secara semula jadi yang berkesan dan memberi kelegaan pada tubuh yang penat.

#3 : Kaya Vitamin
  • Kelopak bunga ros kaya dengan pelbagai jenis vitamin, termasuklah vitamin C, B3, C, D dan E.
  • Selain itu, ia juga mengandungi flavonoid (antioksidan), tanin dan zinc
  • Kandungan vitamin ini, sangat membantu dalam memperbaiki tekstur dan kesihatan kulit secara keseluruhan.

#4 : Kesihatan Dalaman
  • Air ros juga digunakan sebagai teh herbal untuk terapi
  • Minuman hangat ini sangat menenangkan dan baik untuk kesihatan dalaman wanita.
  • Jika di amalkan, minuman ini membuatkan tubuh terasa lebih ringan dan sakit-sakit badan berkurang

#5 : Mandi Bunga Ros Naikkan Seri Wajah
  • Semua orang tahu, bahawa bunga ros adalah antara bunga yang kerap di gunakan untuk orang “Mandi Bunga”
  • Rawatan mandi bunga menggunakan bunga ros, membantu menaikkan seri wajah, dan membuang aura negatif dan membina keyakinan diri kaum wanita
  • Ros merah dikatakan mampu membuatkan wanita lebih yakin, manakala ros putih membuatkan wanita lebih segar, sucikan badan dan naikkan seri wajah.

#6 : Amalan Bakal Pengantin
  • Jika anda bakal berkahwin, cubalah untuk amalkan makan kelopak bunga secara berterusan selama 44 hari sebelum tarikh pernikahan.
  • Sebelum makan, baca selawat nabi, surah alfatihah dan surah yusof. Amalan ini sudah lama dipraktikan oleh nenek moyang kita.

#7 : Cantikkan Rambut
  • Kandungan bunga ros di katakan dapat membantu mengatasi masalah rambut kering, kusam dan bercabang.
  • Ia akan merawat rambut yang rosak dan menjadikan rambut anda lebih sihat dan bersinar.

#8 : Menghilangkan bau mulut
  • Masukkan kelopak bunga mawar ke dalam cawan berisi air
  • Biarkan ia semalaman. Tapis dan ambil airnya.
  • Campurkan dengan sedikit gula batu dan minum air tersebut tiga kali seminggu
  • Bukan hanya bau mulut hilang, bahkan wajah anda akan lebih berseri.

Harga bunga ros mahal kan? Jadi, apa kata mulai hari ini, cubalah tanam 2-3 pokok bunga ros di dalam pasu. Kalau boleh, tanamlah bunga ros yang berbeza warna. Sebab setiap warna mempunyai kebaikan tersendiri. Kalau dah banyak, lebih senanglah nanti untuk petik bila nak guna. Betul tak

Post a Comment

0 Comments