Sesungguhnya doa orang-orang teraniaya adalah dimakbulkan tuhan.
Jangan sesekali berniat untuk menganiayai orang lain kerana doa golongan ini pasti akan diperkenankanNya.
Jangan sesekali berniat untuk menganiayai orang lain kerana doa golongan ini pasti akan diperkenankanNya.
Seorang pencuri bertindak memulangkan semula barang dicuri dari sebuah rumah yang bernilai RM1,200 dalam tempoh tidak sampai 24 jam dipercayai ‘kepanasan’ kerana bimbang ditimpa kejadian tidak diingini.
Mangsa, Persi Saperi, 43, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Manis, di sini jam 6.46 petang kelmarin, selepas kediamannya di kuarters Jabatan Bekalan Air Selumit, di sini, dipecah masuk.
Katanya, antara barang hilang adalah televisyen dan tong gas yang dipercayai dibawa lari menerusi tingkap belakang rumahnya yang diumpil.
“Berikutan itu, saya berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya pencuri berkenaan memulangkan semula barang kepunyaan saya itu.
“Pada solat Subuh (semalam), saya ada membaca beberapa potong ayat suci al-Quran dan memohon sepenuhnya kepada Allah supaya saya mendapat kembali barang yang dicuri itu.
“Berbekalkan sedikit ilmu dan keizinan Allah, saya cuba ‘memanggil’ kembali pencuri berkenaan agar mengembalikan barang yang diambil… Selebihnya, saya bertawakal kepada Allah,” katanya.
Doa Persi yang teraniaya itu termakbul apabila televisyen dan tong gas yang dicuri ditemui semula. Katanya, barang berkenaan diletakkan di kawasan lapang tidak jauh daripada kediamannya pada jam 1.30 petang, kelmarin.
“Sejurus pulang daripada Tanjung Manis, saya terkejut melihat barang yang hilang seperti dipulangkan semula,”
Katanya, walaupun kesal dengan kejadian berkenaan, dia bagaimanapun tidak berdendam dengan si pelaku, malah mendoakan supaya pencuri terbabit kembali ke pangkal jalan.
“Belum terlambat kepada kita yang banyak berdosa ini untuk memohon keampunan dan bertaubat.
“Jadilah insan yang memberi manfaat kepada manusia lain,” katanya.
Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Bagi orang yang teraniaya, mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar diri mendapat pembelaan sewajarnya dan semoga orang yang menganiaya mendapat pembalasan yang setimpal.
0 Comments