Biadap...Pelancong Seksi Menari Depan Masjid Di Cari

Biadap...Pelancong Seksi Menari Depan Masjid Di Cari

Biadap...Pelancong Seksi Menari Depan Masjid Di Cari



KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang mengenal pasti sekumpulan pelancong yang menunjukkan aksi tidak senonoh sambil menari di hadapan Masjid Bandaraya di sini.

Pembantu Menteri Assafal Alian dalam satu kenyataan berkata tindakan individu terbabit agak keterlaluan dan tidak sopan, terutamanya ia dilakukan di tempat ibadat.

"Tindakan pelancong berpakaian seksi sambil menari di atas pagar tembok masjid menunjukkan mereka tidak menghormati penganut Islam lain," katanya.

Assafal berkata kementerian itu tidak akan memandang ringan tindakan itu kerana Sabah merupakan negeri yang memiliki pelbagai bangsa dan agama.

"Sebaik sahaja kita mengenal pasti kerakyatan pelancong terbabit, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka dan juga pengendali kumpulan tersebut," katanya.


Beliau berkata sesiapa sahaja perlu bekerjasama bagi memastikan pelancong menikmati kunjungan mereka di Sabah dan menunjukkan rasa hormat kepada budaya, kepercayaan dan masyarakat setempat di sini.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Datuk Jamal Tun Sakaran mengumumkan penutupan masjid tersebut kepada semua pelancong berkuat kuasa pada Ahad.

Ia dipercayai berikutan tersebarnya video berdurasi 10 saat menunjukkan aksi tidak senonoh dua wanita berpakaian seksi dipercayai pelancong asing sambil menari di atas pagar tembok masjid itu.

Jamal dalam kenyataannya berkata, berikutan kejadian itu, MBR memutuskan semua bas pelancong, pemandu Grab dan teksi tidak dibenarkan membawa pelancong masuk ke kawasan dan sekitar masjid kecuali teksi berdaftar dengan MBR.

Katanya, larangan itu termasuk tidak membenarkan bas pelancong, kereta Grab dan teksi diletakkan di luar masjid seperti yang biasa diamalkan sebelum ini.
Setiap hari dianggarkan 500 hingga 1,000 pelancong melawat MBR berdasarkan persetujuan pihak Pengurusan Tertinggi MBR dalam melaksanakan pelbagai usaha bagi menyampaikan mesej keindahan Islam dan masjid kepada pelancong.

Post a Comment

0 Comments