Tinggal beberapa hari sahaja umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Pastinya kemeriahan dan suasana raya kian terasa hangatnya dengan jualan dan promosi pakaian, biskut raya dan sebagainya.
Lagu raya turut memainkan peranan penting untuk menghidupkan suasana dan membangkitkan mood raya.
Lagu yang menjadi trending raya pada tahun ini ialah Lavida Raya nyanyian Dato’ Seri Vida (DSV). Lagu tersebut juga penuh dengan suasana gembira dan muzik yang ceria.
Terbaru, pelakon Nora Danish telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya yang melihatkan beliau bersama dengaan DSV dan barisan artis lain memeriahkan kehangatan dalam sebuah rancangan hiburan, Pop TV yang bersiaran ni ntv7.
A post shared by Nora Danish (@noradanish) on Jun 6, 2018 at 8:57am PDT
Menerusi video tersebut, DSV menyanyikan lagu Lavida Raya sebagai penutup rancangan hiburan tersebut. Gandingan hebat DSV bersama anaknya, Cik B dan para artis lain seperti Nora Danish, Sherry Ibrahim, Saharul Redzuan dan isteri serta Syuk Raja Lawak membangkitkan mood raya dengan suasana meriah itu.
Suasana kemeriahan di Studio ntv7, Glenmarie Shah Alam bukan sahaja dirasai oleh mereka yang berada di studio, malah penonton juga turut terhibur.
Namun, ada segelintir dari mereka menganggap bahawa anak DSV iaitu Cik B kelihatan selekeh dan seolah-olah ‘terpaksa’ memakai baju yang digayakan itu.
Mak diva, anak selekeh.
Walau bagimanapun, netizen turut terhibur dengan lagu Lavida Raya dan memuji suasana meriah yang dibangkitkan oleh DSV dan barisan artis yang lain.
0 Comments