Bayi 17 bulan viral hilang di Muar ditemui selamat,Badan Di gigit Kerengga

Bayi 17 bulan viral hilang di Muar ditemui selamat,Badan Di gigit Kerengga

MUAR - Keluarga sahkan Nur Aisyah Hasmizan, 17 bulan ditemui selamat selepas dilaporkan hilang selama 12 jam.


Wakil keluarga yang juga ibu saudara mangsa, Fah Nur-Aini Syed Mustapha 36, merakamkan jutaan penghargaan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kecekapan pihak terbabit serta seluruh rakyat Malaysia yang turut bersama-sama mendoakan kesejahteraan Nur Aisyah.

Keadaan terperinci bayi berkenaan masih belum diketahui berikutan sedang dirawat di zon kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Terdahulu, Nur Aisyah ditemui secara berseorangan dalam sebuah semak sebelum sepasukan anggota polis menemui mangsa.

Pagi tadi, media melaporkan seorang bayi perempuan berusia 17 bulan diculik selepas kediaman mereka di Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap, di sini, dipecah masuk awal pagi.
Kehilangan mangsa dikesan selepas neneknya, 68 tahun yang turut berada di kediaman itu terjaga pada jam 5pagi bagi menyiapkan juadah sahur.


Post a Comment

0 Comments