Mereka menyangka dia tak akan hidup lagi selepas penyelamat menjumpainya dalam keadaan yang sangat teruk dan lemah di dalam sangkar kecil mudah alih haiwan.
Kenali Samuel kucing yang melalui hidup yang sukar selama 2 tahun.
Samuel adalah seekor kucing yang sangat malang apabila di dikurung dalam sangkar kecil sepanjang hidupnya semenjak daripada kecil selama 2 tahun. Dia ditemui dalam keadaan yang sangat meremuk dan menyayat hati.
Badan nya sangat kurus sehinggakan kulitnya melekat pada tulang. Seorang sukarelawan penyelamat secepat mungkin cuba untuk menyelamatkannya ketika ditemui kelaparan di dalam sangkar. Dia segera yang mungkin telah membawa samuel ke pusat perlindungan di Houston, Texas.
Samuel berada dalam keadaan yang terlalu bahaya, bawah mata nya bengkak dan kos perubatannya tersangatlah mahal.
Kucing malang itu telah diasingkan daripada manusia dan sebarang haiwan selama 2 tahun di dalam sangkar kurungan mudah alih.
Dia tak pernah disayang, tak pernah diberi makan dan hidupnya tak kenal sesiapa pun. Dia tidak mengerti kenapa dia lahir dan hidup dalam keadaan kesunyian.
Dia tak pernah disayang, tak pernah diberi makan dan hidupnya tak kenal sesiapa pun. Dia tidak mengerti kenapa dia lahir dan hidup dalam keadaan kesunyian.
Kerana kos perubatan nya yang sangat mahal, gambar Samuel telah disebarkan ke dalam internet dan beruntung sekali sebab ramai orang yang sudi membantu samuel supaya sihat.
“Seseorang telah memuat naik gambar kucing yang sangat kurus dan berpenyakit FIV (FELINE IMMUNODEFICIENCY VIRUS). Dia kelihatan sangat kasihan dan menyedihkan jadi dia telah memuat naik gambar samuel ke dalam internet”
Penyelamat samuel berkata, ” Saya menyangka samuel akan mati di dalam kereta ketika sedang cuba menyelamatkannya kerana dia berada dalam keadaan amat bahaya.
Selepas beberapa minggu menerima rawatan berat badan samuel mula bertambah dan penglihatannya kembali pulih. Dia juga mula berkenalan dengan kucing lain.
“Dia mula keluar daripada persekitarannya yang dahulu dan cuba mengenali haiwan lain,” Tambah Raines. ” Dia juga tak tahu untuk bermain dan bergembira semuanya kekok baginya.
Orang sekeliling Samuel percaya kucing tersebut akan menjadi sihat dan membesar secara normal seperti kucing lain dan tak lama lagi akan menjumpai penjaga yang menyayanginya.
“Samuel sangat takut apabila nampak bayang-bayangnya bahkan pantulannya di cermin juga boleh mengejutkan samuel. Dia kucing yang sangat syak wasangka” Kata Raines
Selepas setahun Samuel bertemu seorang lelaki yang tertarik melihatnya dan ingin membelanya.
Kini Samuel mengenali apa itu cinta, apa itu kasih sayang dan apa itu kesetiaan
0 Comments