Harga Beg Tangan Merah Rosmah Yang Di Bawa Ke SPRM Hari Ini

Harga Beg Tangan Merah Rosmah Yang Di Bawa Ke SPRM Hari Ini

Harga Beg Tangan Merah Rosmah Yang Di Bawa Ke SPRM Hari Ini
Beg Tangan Rosmah Jadi Tumpuan
"Beg tangan apa yang dibawa oleh Rosmah?"

Persoalan itu yang banyak dibangkitkan oleh netizen ketika isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya.

Selain dilihat berpakaian baju kurung berwarna biru dan berselendang berwarna merah, Datin Seri Rosmah turut dilihat membawa beg tangan sederhana besar saiznya berwarna merah dan kasut platform juga berwarna merah.

Netizen terus meneka jenama beg tangan yang dibawa oleh Datin Seri Rosmah sehingga pelbagai versi yang diteka.
Beg tangan yang dibawa oleh Datin Seri Rosmah dikatakan lebih menyerupai beg tangan jenama Gianni Versace Demetra yang dianggarkan berharga sekitar RM3000 hingga RM5000.
Tumpuan terhadap beg tangan dibawa beliau berikutan serbuan dilakukan polis di 3 unit Pavillion Residences yang merampas 284 beg tangan berjenama mewah yang kebanyakannya Hermes Birkin baru-baru ini.

Post a Comment

0 Comments