Bulan lepas wedding dress Meghan Markle dikatakan terlalu besar, tidak mengikut ukuran di badannya.
Kali ini dress rekaan pereka fesyen Oscar de la Renta yang dipakai Meghan Markle ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupu Putera Harry pula menjadi buah mulut di media sosial.
Rata-rata mempertikaikan pemilihan dress ruffle floral kombo biru dan putih yang agak besar untuk badannya yang bersaiz kecil itu. Duchess of Sussex ini kelihatan hebat dalam apa sahaja outfit – tetapi kali ini dilihat gagal dan langsung tidak menampakkan seri seorang puteri.
Bukan sahaja netizen, penggiat fesyen juga mencadangkan agar selepas ini dia memlih warna yang lebih ceria dengan saiz yang menepati ukuran badan.
Mungkin sudah sepatutnya Meghan Markle mendapatkan khidmat penasihat fesyen yang betul-betul bertauliah. Iyelah laporan sebelum ini mengatakan suaminya sendiri, Putera Harry merupakan penasihat fesyen Meghan.
0 Comments