Cemburu Kulit Putih Pink Kareena Kapoor, Ini Yang Dia Buat Rupanya

Cemburu Kulit Putih Pink Kareena Kapoor, Ini Yang Dia Buat Rupanya

Cemburu Kulit Putih Pink Kareena Kapoor, Ini Yang Dia Buat Rupanya


Kareena Kapoor, isteri kepada Saif Ali Khan dan ibu Taimur Ali Khan ini merupakan antara wanita tercantik dan glamor di India.
Walaupun berasal dari genetik keluarga yang mempunyai rupa paras menawan, Kareena tetap juga disiplin dalam penampilan diri lebih-lebih lagi penjagaan wajah. Aktres 37 tahun ini bergantung pada diet yang sihat dan rejimen harian untuk kekal cantik berseri.
Langsung tidak lokek, bintang Bollywood dengan senang hati berkongsi rahsianya bila menghadiri event di India.
Berikut adalah apa yang diperlukan untuk mendapatkan kulit wajah putih pink seperti Kareena Kapoor.
#1 Pek Muka Buatan Sendiri

Foto – HealthxWelness

Kareena menyatakan dia kerap menggunakan pek muka buatan sendiri. Minyak badam bercampur dengan yogurt adalah pek muka kegemarannya. Wanita keluarga Kapoor menggunakan pek muka buatan sendiri untuk mengekalkan kulit mereka yang sempurna. Minyak badam adalah agen pelembab yang sangat baik. Ia mudah menembusi kulit tanpa menyumbat liang-liang. Yogurt mengandungi alpha hydroxy acid, bahan pengelupasan semula jadi. Pek muka ini akan menjadikan kulit lembut dan ringan.
#2 Produk Kulit Yang Simple
Elakkan bereksperimen dengan terlalu banyak produk penjagaan kulit, kerana ia mungkin hanya akan menyebabkan reaksi alahan.

Foto – www.soposted.com

“Saya tidak terlalu cerewet mengenai rutin penjagaan kulit. I keep it simple dengan mencuci muka dengan air suam dan menggunakan pelembap asas,” jelasnya.
#3 Vegetarian
Kareena Kapoor merupakan pengamal vegetarian. Tapi itu bukan bermaksud, penulis suruh anda bertukar cara pemakanan. Pelan dietnya terdiri daripada bijirin, lentil, sayur-sayuran hijau dan dadih. Kareena makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi setiap 2 hingga 3 jam sehari.
“Saya senang makan makanan yang dimasak seperti sayur, roti, dal, nasi. Sekali-sekala, saya manjakan diri dengan samosa atau kachori (snek pedas masyarakat India).

Foto – quatr.us

Lagi satu, Kareena “gilakan” ghee atau orang kita panggil minyak sapi.
“Saya suka ghee pada nasi, dal dan kadangkala diletak pada roti. Ghee, bertentangan dengan apa yang orang percaya, mempunyai beberapa manfaat kesihatan. Nenek saya masih cantik pada usia 80-an, dan dia telah makan ghee sepanjang hidupnya. Saya percaya kulitnya bersih dan bersinar kerana ghee,” terang Kareena.
#4 Minum banyak air
Untuk menjaga badannya dan kulit terhidrasi dia minum 4 hingga 6 botol spring water atau 6 hingga 8 gelas air masak setiap hari.

Foto -www.bollywoodlife.com

“Yang penting saya minum banyak air untuk terus terhidrasi dan pastikan kulit bersinar secara semulajadi,” katanya.
Tak rumit cara Kareena, yang penting kena berdisiplin. All The Best!

Post a Comment

0 Comments