Anwar Larang,Lim Guan Eng Lim Guan Eng tetap bongkar skandal kewangan kerajaan lama

Anwar Larang,Lim Guan Eng Lim Guan Eng tetap bongkar skandal kewangan kerajaan lama

Anwar Larang,Lim Guan Eng Lim Guan Eng tetap bongkar skandal kewangan kerajaan lama



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyerahkan tanggungjawab membongkar segala salah laku dan penyelewengan kepada menteri atau agensi lain kerana statusnya lebih sensitif. 

"Saya ada bertemu dan memberitahu Lim Guan Eng bahawa jawatan menteri kewangan ini statusnya lebih sensitif. 

"Setiap kenyataan (menteri kewangan) akan merujuk terus kepada pelabur," katanya.

Anwar dalam wawancara program terbitan Astro Awani yang mengulas mengenai laporan Moody's Investores Service yang melaporkan fasa peralihan kuasa ketika ini mencetuskan ketidaktentuan polisi yang akan menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi Malaysia sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur asing dalam pasaran modal Malaysia. 

Bagaimanapun, Lim Guan Eng menghargai saranan bekas menteri kewangan itu, tetapi beliau akan tetap mendedahkan perkara itu kepada umum. 

Menurut Guan Eng, semua pendedahan skandal kewangan terutama 1MDB di media adalah di atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar sendiri katanya, sudah sedia maklum mengenai perkara itu. 

Dalam pada itu juga, Guan Eng menjelaskan dia tidak mempunyai kuasa untuk memberi arahan kepada menteri lain mendedahkan perkara itu. 

"Tidak kena pada tempatnya untuk saya mengarahkan menteri lain mendedahkan skandal kewangan kerajaan lama yang berlaku dalam kementerian kewangan yang disandang saya. 

"Kementerian saya akan terus membongkarkan semua skandal kewangan dalam tempoh 100 hari seperti yang diarahkan perdana menteri," katanya. 

Guan Eng sebelum ini juga pernah beberapa berjumpa dengan Anwar untuk memaklumkan tentang keadaan ekonomi serta skandal kewangan yang telah berlaku dan Anwar sendiri katanya terkejut dengan perkara itu. 

"Anwar juga terkejut dengan impak negatif berhubung penyelewengan kewangan kerajaan lama dalam bentuk memalsukan penyata kewangan, menyorokkan fail dan menanda fail penyata kewangan berwarna merah khas untuk orang tertentu (sahaja). 

"Rakyat berhak tahu tentang kedudukan sebenar ekonomi dan status kewangan negara. Semasa berjumpa dengan Anwar, beliau sendiri setuju," katanya. 

Post a Comment

0 Comments