“Solat pun pakai make up ke?” – Dikecam netizen lepas upload gambar atas sejadah, ini respon win Fiza Abdul Halim
Kecaman bermula selepas Fiza memuat naik fotonya memakai telekung sedang duduk di atas sejadah, menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya.
Tidak lama kemudian, seorang pengguna laman sosial telah menulis komen dan bertanya samada Fiza bersolek ketika solat.
“Solat pun pakai make-up ke?”, tulisnya.
Fiza bagaimanapun tidak mendiamkan diri dan terus membalas komen tersebut.
“Maaf ya, saya masih waras lagi dan tahu berfikir.
“Ini bermakna kulit saya cantik, sampaikan tak makeup pun orang cakap makeup,” balas Fiza
Dan selepas itu, tiada lagi komen balas daripada pengguna laman sosial tersebut atau yang lain.
0 Comments