Breaking News

DS Vida Dikaitkan Dengan Kes Dadah Bernilai RM30k !!:

Loading...
loading...
DS Vida Dikaitkan Dengan Kes Dadah Bernilai RM30k !!:



IPOH – Usahawan selebriti, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman buat laporan di Balai Polis Jelapang selepas cuba ditipu RM30,000 oleh sekumpulan lelaki yang buat panggilan telefon kepadanya.

Menurut laporan media tempatan, pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. yang lebih dikenali sebagai Dr. Vida, berkata lelaki yang mendakwa pegawai sebuah bank meminta nombor kad pengenalannya semalam.

Ia konon bagi tujuan pengesahan dan memaklumkan akaun peribadinya dibekukan kerana mempunyai tunggakan pinjaman peribadi bernilai RM30,000 di Cawangan Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah.

Dr. Vida terkejut dengan maklumat itu dan meminta siasatan dilakukan sebelum lelaki berkenaan memaklumkan seorang pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah akan menghubunginya untuk maklumat lanjut.

Mengulas lebih lanjut, ujar ahli perniagaan berusia 46 tahun itu lagi, selepas beberapa ketika, beberapa individu berlainan menghubunginya hingga semua perbualan itu berlarutan hampir dua jam.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana semua nombor telefon yang tertera memang betul, sama ada dari IPK atau bank serta setiap data peribadi yang dimaklumkan juga tepat.

“Namun, saya mula berasa terkejut sebaik dimaklumkan konon akaun berkenaan terpaksa dibekukan kerana ada individu menyalahgunakan akaun terbabit bagi aktiviti pengedaran dadah.

“Beberapa panggilan terbabit turut bertanyakan mengenai butiran peribadi, termasuk akaun simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera,” katanya selepas membuat laporan polis berkenaan malam tadi.

Dr. Vida turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah untuk terpedaya dengan sebarang panggilan sehingga mendedahkan data peribadi mereka. –





Sumber : Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments