Berapa Ringgit Pekerja Asing di Malaysia Mampu Hantar Untuk Keluarga Mereka Sebulan?

Berapa Ringgit Pekerja Asing di Malaysia Mampu Hantar Untuk Keluarga Mereka Sebulan?

Berapa Ringgit Pekerja Asing di Malaysia Mampu Hantar Untuk Keluarga Mereka Sebulan?

-Aku berjalan dengan keluarga semalam ke Petaling Jaya. Hasrat kami nak menemani si emak membeli barangan dapur. Selesai makan di medan selera, kami berjalan ke sebuah pasaraya barangan segar yang tak dapat aku nyatakan namanya di sini.


Anak-anak aku berlari ke sana sini menyentuh segala jenis sayur-sayuran yang ada sementara isteri aku tegar memilih bahan-bahan. Aku duduk saja memerhati orang lalu lalang di kedai makan yang dibuka di dalam pasaraya segar tersebut.

Mujur orang tidak ada waktu kami ke situ, jadi tidak ada masalah untuk aku duduk sebentar menelaah apa gosip terbaru media sosial. Kami berpusing beberapa kali mencari bahan keperluan lain sehinggalah tiba ke satu bahagian di mana seorang pekerja pasaraya, berbangsa Myanmar agaknya sedang duduk memperbetulkan susunan sabun basuhan baju.

Beberapa detik kemudian datang rakannya, seorang pengawal keselamatan dari Nepal rasanya. Namanya tertera nama Nepal. Mereka berbicara sesama mereka menggunakan pertuturan Bahasa Inggeris yang cukup jelas, membuatkan aku faham apa yang mereka bualkan.

perut pengawal keselamatan yang tegap

Pada mulanya mereka berbicara tentang kerja : pukul berapa habis waktu kerja hari itu, malam buat apa. Jelas benar dari jawapan pengawal keselamatan itu, dia menghabiskan masanya dengan bekerja semata-mata. Lain ceritanya dengan pekerja pasaraya itu yang hidupnya lebih santai ala kerja pejabat.

Aku terdengar saja perbualan mereka endah tak endah sambil merenung berus gigi yang dipamerkan dan kemudian kedengaran pekerja pasaraya itu bertanya pada rakan pengawalnya, “how much you send to your family every month bro?”
Jawapan dia membuat aku terdiam sebentar.

“Each month, I try to send at least RM1300, Rm1400,” jawab dia, ikhlas tanpa berselindung.
Tercengang mata pekerja pasaraya itu.

“You use RM500, RM600 only each month?” tanya dia sambil terkejut.
“Ya, what do I need to buy? Taxi a bit, food a bit, enjoy a bit, the rest I send back to my family,” kata pengawal itu.

“Good you get around RM1800, RM1900 every month. Enough,” sahut pekerja pasaraya itu mengangguk-ngangguk.

“Enough,” jawab pengawal itu.

“For us, if we can get RM1800 should be considered good enough,” kata dia dengan fasih, sambil tangannya menyusun sabun. Ayat terakhir pengawal keselamatan tu yang membuat aku benar-benar tersentak.

“As long as my kid is happy, my wife is happy, I don’t mind. RM1300 for us is a lot.”
Sambil beratur nak membayar barang yang kami beli, aku capai telefon dan cari berapakah purata gaji warga Nepal di Nepal. Pada tahun 2016, kerajaan Nepal mengumumkan akan menaikkan kadar gaji minima bulanan bagi pekerja di Nepal ke $59 (RM245) dengan elaun hidup sebanyak $33 (RM137) menjadikan gaji minima di Nepal sebulan adalah RM382.
pengawal keselamatan yang nampaknya macam tak selamat


Pendapatan penduduk Nepal per kapita pula adalah $729 (RM3038) setahun berbanding dengan negara kita $9502 atau RM39,605. Anda bayangkan setiap bulan abang pengawal keselamatan itu tanpa putus menghantar RM1300-RM1500 secara konsisten kepada keluarga mereka, sedikit sebanyak negara kita membantu melahirkan ramai orang kaya di Nepal.

Tak dinafikan, aku kagum dengan kegigihan pekerja asing yang datang ke Malaysia, mereka mampu buat apa yang aku tak sanggup nak buat. Mungkin atas sebab itulah juga, ramai rakyat Malaysia yang nak ke Australia untuk memetik buah.

Jika anda nak ke Australia memetik buah, pastikanlah anda tidak dihamba abdikan!

Post a Comment

0 Comments