Tragedi Gas Karbon –Teman Lelaki Dedah Pusara Ayuni Bau Harum

Tragedi Gas Karbon –Teman Lelaki Dedah Pusara Ayuni Bau Harum

Tragedi Gas Karbon –Teman Lelaki Dedah Pusara Ayuni Bau Harum


Beberapa hari lalu, negara kita dikejutkan dengan berita empat sekawan yang terlibat dalam tragedi gas karbon monoksida di salah sebuah stesen minyak di Semagagah, Pulau Pinang.

Lebih meruntun jiwa apabila tiga gadis telah terkorban, manakala seorang lagi masih berada dalam keadaan kritikal. Ternyata ramai yang terkesan dengan kehilangan mereka termasuklah jejaka ini.

Menerusi entri di Twitter, teman lelaki kepada Allahyarhamah Ayuni Syazwani yang dikenali sebagai Amirul tidak menyangka insan paling disayanginya itu telah pergi buat selama-lamanya.


 


Akan tetapi, jejaka berkenaan pasrah serta menerima ketentuan takdir Ilahi dengan hati terbuka. Bahkan, pemuda tersebut turut berkesempatan menziarahi pusara gadis itu bersama dengan ahli keluarganya. Bagaikan sukar dipercayai, namun mengharukan apabila dia mengatakan bahawa 'tempat baru' Ayuni berbau sangat harum.

Twitter amirulryash


Post a Comment

0 Comments