Kelibat Anak Kecil Berlari Ke Arah Sungai Buat Orang Ramai Makin Seram

Kelibat Anak Kecil Berlari Ke Arah Sungai Buat Orang Ramai Makin Seram

Kelibat Anak Kecil Berlari Ke Arah Sungai Buat Orang Ramai Makin Seram
Sesetengah daripada kita pastinya pernah berpengalaman atau pun secara tidak sengaja terserempak serta diganggu oleh unsur-unsur mistik yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.
Pun begitu, perkara mistik ini sememangnya wujud. Namun, tidak semua orang yang mungkin boleh dikatakan ‘bertuah’ untuk merasainya sendiri.
Dalam satu video yang dikongsi oleh akaun Instagram makassar_iinfo, satu kelibat yang dipercayai sebagai makhlus halus telah tidak sengaja dirakam di bawah jambatan Masambu Luwu Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Jumaat lalu (26/6/2020).
Menurut akaun instagram tersebut, rakaman itu telah dirakam oleh seorang warganet yang ketika dia sedang menyelosori sungai di kawasan berkenaan.
Menerusi rakaman tersebut dapat dilihat satu kelibat yang dipercayai menyerupai susuk tubuh seorang kanak-kanak yang sedang berlari di atas air sebelum hilang secara tiba-tiba.
Rakaman tersebut yang telah tular di media sosial telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.

Sumber: makassar_iinfo

Post a Comment

0 Comments