Wanita sedang tidur maut dipatuk ular tedung dibaling suami

Wanita sedang tidur maut dipatuk ular tedung dibaling suami

Wanita sedang tidur maut dipatuk ular tedung dibaling suami


SEORANG lelaki didakwa membunuh isterinya dengan melepaskan seekor ular tedung di dalam biliknya.
Polis di selatan Kerala, India Selatan berkata rekod panggilan telefon menunjukkan suspek bernama Sooraj menghubungi seorang penjual ular.
Selain itu suspek turut menonton video ular di Internet.
Beberapa bulan lalu, Sooraj, 27, turut mendapatkan seekor ular berbisa jenis viper Russell sebagai cubaan untuk membunuh wanita itu.
Namun mangsa hanya mengalami kecederaan akibat dipatuk dan dimasukkan ke hospital selama dua bulan.
Selepas itu, Sooraj mendapatkan seekor ular tedung dan membaling haiwan itu ke arah isterinya yang sedang tidur.
Sooraj bersama isterinya.
“Sooraj tinggal di bilik sama dengan isterinya dan berlakon seolah-olah tidak tahu apa yang terjadi.
“Dia turut melakukan rutin biasa pada keesokan paginya ketika dikejutkan dengan jeritan ibu mentuanya.
“Mereka membawa isterinya itu ke hospital dan doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia, ” kata polis.
Namun ibu bapa mangsa pelik apabila Sooraj cuba menukar geran hartanah milik isterinya beberapa hari selepas kematiannya.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki berusia setahun.
Penjual ular terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan. - Metro.co.uk

Post a Comment

0 Comments