Beri Sumbangan Pada 3 Buah Masjid Jadi Isu, Lee Chong Wei Terkejut Ramai Hubungi Beliau.

Beri Sumbangan Pada 3 Buah Masjid Jadi Isu, Lee Chong Wei Terkejut Ramai Hubungi Beliau.

Beri Sumbangan Pada 3 Buah Masjid Jadi Isu, Lee Chong Wei Terkejut Ramai Hubungi Beliau.
” Saya tiada niat untuk sebarkan apa yang saya bantu sebab itu saya tidak tulis dalam media sosial apa yang saya lakukan.

” Malah saya sendiri terkejut apabila semalam ramai yang menghubungi saya bertanyakan hal itu selepas melihat gambar saya memberi sumbangan kepada masjid.

” Saya tidak menyangka perkara itu akan tersebar kerana saya sudah meminta kepada wakil masjid untuk tidak ‘post’ gambar saya memberi sumbangan,” kata lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Rata-rata ramai netizen memuji tindakan bekas pemain nombor satu dunia itu apabila beliau turun memberikan sumbangan kepada pihak masjid biarpun berlainan agama dan budaya.

Sudah sumbangkan kepada 3 buah masjid..

Malah Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur itu bukanlah masjid yang pertama menerima sumbangan daripada bekas jaguh perseorangan lelaki negara itu.

Kata Chong Wei, beliau sudah memberi sumbangan kepada tiga buah masjid dan kini merancang untuk terus menyumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

” Saya tiada niat apa-apa, memang saya mahu memberi sumbangan.
” Sebelum ini saya ada bertanyakan kepada rakan Melayu apa yang boleh saya bantu sebab Melayu dan Cina berlainan budaya.

” Jadi mereka galakkan saya memberi sumbangan, jadi saya belilah barang dan pilih masjid untuk berikan sumbangan. Saya cuma bantu apa yang boleh,” katanya.

Kelmarin tular di media sosial, Chef de Misson (CDM) negara ke Sukan Olimpik Tokyo itu menunjukkan teladan yang baik apabila memberi sumbangan kepada masjid.

Perkongsian itu di muat naik di akaun Facebook rasmi masjid itu yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid.

Status itu turut dikongsi di akaun rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kebanyakan netizen memuji sikap Chong Wei dan berharap ia dicontohi oleh pihak lain.



Warganet doa Chong Wei diberikan hidayah..

Meskipun berlainan agama, lagenda perseorangan badminton lelaki negara itu membuktikan ia bukan halangan apabila memberi sumbangan kepada Masjid.

” Terima kasih Datuk Lee Chong Wei atas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala di kala suasana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.

” Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.

” Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin,” tulis status di Facebook MAHSP.

Status itu turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Rata-rata netizen memuji sikap Chong Wei itu, malah ada yang sampai mendoakan beliau diberikan hidayah dan berbakti seperti pendakwah popular Ebit Lew.

sumber : ohbulan

Post a Comment

0 Comments