Kuntilanak,Pontianak Atau Langsuirkah??Pemuda Ini Ada Jawapannya

Kuntilanak,Pontianak Atau Langsuirkah??Pemuda Ini Ada Jawapannya

Kuntilanak,Pontianak Atau Langsuirkah??Pemuda Ini Ada Jawapannya
PERKONGSIAN satu rakaman video di Facebook menjadi tular apabila timbul tanda tanya dalam kalangan pelayar media sosial ini.
Rakaman berdurasi 30 saat yang dikongsi oleh Intan Husin turut menjadi perdebatan sama ada subjek di dalam rakaman itu hantu atau pun manusia.
Lebih menakutkan lagi makhluk dalam rakaman tersebut menyerupai seorang wanita berambut panjang dengan melakukan beberapa pergerakan berdiri di atas puncak rimbunan pokok.
Video yang tular dengan lebih 1,200 perkongsian itu turut didengari bunyi suara yang menakutkan.
Salah seorang pengguna Facebook, Roslizi Ghani, turut meningalkan komen pertanyaan sama ada kuntilanak atau pontianak.
Satu lembaga kelihatan berdiri di puncak rimbunan pokok.
“Ngerinya, nyanyi di hujung-hujung pokok.”
Ada juga netizen yang mengatakan makhluk dalam rakaman itu merupakan ia adalah langsuir, syaitan dan juga orang gila.
Namun ada juga yang meninggalkan komen ia video itu diedit menggunakan aplikasi tertentu.
Pelbagai komen terhadap rakaman itu ditulis, tetapi tidak ada sebarang maklumat sebenar mengenai butiran lanjut video tersebut.
Sebahagian daripada komen-komen pengguna Facebook mengenai posting rakaman tersebut.
Bagaimanapun komen salah seorang dikenali sebagai Riduan Riduan menceritakan kejadian lebih kurang sama berlaku di Melaka.
"Macam tempat saya ni pokok tu memang ada tali akar buaian. Malam-malam nak lalu ade je kena baling dengan kayu la. Bila tengok kat pokok tu, ada dua akar berayun laju. Boleh dikatakan hari-hari ramai yang nampak jelas benda tu.
"Ada sekali tu saya pergi cantas-cantas dahan. Dia orang cakap hati-hati Wan sebab pokok tu ade yang jaga takut malam nanti dia kacau. Saya hanya cakap buang dahan ni je sebelah sebab tutup bumbung, takut zink reput.


 "Malamnya dia punya tindih saya macam-macam rupa dia tunjuk. Keesokannya saya  tuang minyak hitam yang tak pakai tu dari pucuk sampai ke pangkal pokok. Saya biarkan selama tiga hari supaya minyak tu serap pokok, dan hari keempat saya cucuh api. Alhamdulilah sampai sekarang tak ada dah bunyi orang gelak, bunyi orang teriak." 

Post a Comment

0 Comments