Permaisuri Agong tutup akaun Twitter, netizen terkejut dan sedih

loading...
Loading...
Permaisuri Agong tutup akaun Twitter, netizen terkejut dan sedih

KUALA LUMPUR: Seperti yang kita sedia maklum, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering dilihat menggunakan Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang untuk berkongsikan sesuatu perkara dari sudut pandangannya sendiri.

Terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, baginda menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat serta berkongsi momen-momen indah baginda dari sudut pandang sebagai Permaisuri Agong.

Rata-rata ramai netizen gemar melihat dan memuji pendekatan yang dilakukan oleh Tuanku Permaisuri Agong di setiap perkongsiannya sehingga ada beberapa yang menjadi tular dalam kalangan netizen yang suka melihat telatah baginda.

Namun begitu, semakan di media sosial sebentar tadi mendapati, akaun Twitter rasmi milik Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui dan kelihatan seperti telah dinyahaktif.

Tangkapan skrin menunjukkan akaun Twitter Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui
Tangkapan skrin menunjukkan akaun Twitter Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui

Post a Comment

0 Comments