Tak Sangka Ada Bunian Di Busut Anai-anai Tu

loading...
Loading...
Tak Sangka Ada Bunian Di Busut Anai-anai Tu
Selain manusia, haiwan mahupun tumbuhan yang hidup di muka bumi ini,  kehadiran makhluk yang tidak mampu terlihat oleh mata kasar kita juga tidak boleh dinafikan. Selari dengan Rukun Iman, setiap perkara ini perlulah kita percaya namun jangan terlalu taksub hingga mensyirikkan Yang Maha Esa.
Bunian, salah satu mahkluk yang sering menimbulkan perbahasan mengenainya, dipercayai sebagai entiti ghaib yang juga berkeluarga, makan, minum dan tidur seperti manusia. Malah golongan ini juga sering dikaitkan dengan kes kehilangan manusia yang kononnya dibawa masuk ke alam mereka.
Seorang pengguna twitter ada memuatnaik ciapan untuk berkongsikan kejadian aneh yang menimpa makciknya suatu ketika dahulu. Dia mendakwa bahawa makcik pernah ‘dilarikan’ oleh seorang pakcik yang dipercayai sebagai bunian ketika sedang bermain di sebuah busut.

Aku dulu memang susah nak percaya benda-benda macam gini. Pasal Bunian kahwin dengan manusia lah apa lah. Bagi aku semua ni mengarut dan tak masuk akal sampai lah makcik keluarga sebelah mak aku alami benda ni.

Sukar untuk aku percaya, selama ni aku lalui liku-liku hidup seperti manusia biasa yang hanya takut akan azab Allah tapi masih lagi melanggari perintahnya. Ya, Hantu raya dan macam-macam lagi aku pernah punya pengalaman dengan mereka. Tapi tidak untuk bunian. Susah untuk percaya semua ni.
Aku jenis percaya dengan apa yang aku lihat saja tapi bila dah makcik aku sendiri cerita, takkan dia nak tipu pulak. Plus, mak dan makcik-makcik aku yang lain pun turut mengiakan cerita ni.
Cerita ni terjadi sewaktu mereka masih dibangku persekolahan. Adik beradik mak aku ada 7 orang. 2 lelaki dan 5 perempuan. Mak aku anak perempuan sulung selepas 2 orang pakcik aku.
Lepas mak aku dituruti dengan, Che Roby, Che Kin, Che Jaa, Che June (Bukan nama sebenar). Jadi kisah ni terjadi kepada makcik aku yang bernama Che Jaa.
Jadi dalam adik beradik ni waktu kecil-kecil dulu dorang macam berpegang kepada konsep Assabiah sikit haha. Mak aku rapat dengan Che Roby Apa-apa kerja semua diorang plan berdua je. Yang 3 lagi tu rapat bertiga. Apa-apa nak main mesti dorang bertiga.


                              
Gambar Hiasan

Kejadian terjadi dibelakang rumah Arwah atok aku je. Rumah Atok aku ni sebenarnya kampung tapi konsep dia macam taman perumahan. Belakang rumah Atok aku dulu ada satu lot tanah untuk buat rumah tapi tanah tu terbiar and jadi macam hutan sikit. Dengan ada pokok nangka lah.

Di penjuru kawasan lot tanah tu pulak ada satu Busut anai-anai yang memang besar gila sampai makcik aku boleh main pondok-pondok dekat busut tu.

Makcik aku cerita dekat tepi busut tu ada pokok bunga (aku tak ingat nama pokok tu) senang cerita memang pokok tu memang banyak la kelilingi busut tu.
Makcik-makcik aku ni memang suka main masak-masak dan pondok dekat kawasan busut tu. Sebab tempat tu strategik katanya. So macam biasa zaman kanak-kanak ni. Otak kita fikir main je. Nak dijadikan cerita, Che Jaa and Che June ni pun main la berdua dekat Busut tu. Main pondok-pondok.


                   

Makcik aku sorang masak dan sorang lagi cari la daun-daun untuk dimasaknya. Tengah seronok-seronok Che Jaa aku ni masak. Tiba-tiba datang sorang pakcik ni ajak dia jalan. Aku pon tak tahu la apa yang ada dekat akal dan fikiran makcik aku ni sampai dia pun boleh terikut dengan pakcik tua tu.

Bila makcik aku yang sorang lagi tu datang balik, dia tengok Che Jaa dah takda kat situ. Naik cemas la dia! Jadi makcik aku (Che June) ni pun balik rumah dan cakap dekat Atok aku yang Che Jaa ni dah hilang.

Mak ayah bila dah hilang anak, hanya Allah je yang tahu perasaan dia.
Arwah atok aku pon pergi la cari. Diorang cari merata-rata tempat tapi tak jumpa-jumpa. Keadaan semakin kelam kabut. Kalau jadi dekat aku, aku rasa mungkin aku dah pitam waktu tu. Anak hilang kot. Usaha pencarian tetap diteruskan. Mereka tak berputus asa untuk mencari.
Pencarian mereka dituruti doa agar Allah memudahkan urusan. Kejadian ini merupakan kali pertama Arwah atok dan nenek aku lalui. Jasad anak entah dimana, hilang tanpa berita, suara tidak lagi kedengaran. Mereka terus lagi mencari.
Pencarian tidak berhenti. Usaha demi usaha diteruskan sampai makcik aku diketemukan. Cuba teka mereka jumpa makcik aku dimana? Keadaan makcik aku seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kelihatan kebingungan dan kehairanan. Sebenarnya makcik aku pun tak tahu apa yang terjadi dekat diri dia. Dia sendiri tidak sedar.


                            

Arwah atok aku jumpa makcik aku di busut tu sedangkan mereka cari tapi tak ada sesiapa dekat situ. Apa yang memelikkan lagi keadaan apabila makcik aku dijumpai dengan keadaan kaki yang berlumpur. Sedangkan kawasan busut tu tak ada lumpur pon.

Persoalannya, ke mana makcik aku pergi? Hingga ke harini mereka tidak tahu. makcik aku pun tak tahu apa yang terjadi kepada diri dia. Mungkin bagi korang kurang seram. Tapi bagi aku seram sebab aku sendiri pernah tengok kawasan tempat dorang bermain tu.

Sumber: Aqil Rasid

Post a Comment

0 Comments