Penghentian Terakhir Jenazah Amirul Ashraff

Penghentian Terakhir Jenazah Amirul Ashraff

Penghentian Terakhir Jenazah Amirul Ashraff

TAIPING: Jenazah pelajar Malaysia Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas tergelincir dari tingkat 23 pangsapuri kediamannya di Sydney, Australia, Selasa lalu, tidak akan dibawa pulang ke Malaysia.

Bapa mangsa, Md Azhar Hasbullah, 48, berkata, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Sydney, Australia selepas semua urusan bedah siasat dan siasatan pihak berkuasa selesai.

"Kami sekeluarga telah sepakat untuk memudahkan urusan pengebumian anak saya agar arwah dikebumikan di Sydney Australia.

"Tetapi bila arwah akan dikebumikan kami masih belum tahu kerana masih menunggu laporan bedah siasat daripada pihak berkuasa di sana," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.


Menurut Md Azhar urusan pengebumian anak sulungnya itu akan diuruskan sepenuhnya pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan dia serta isterinya akan ke sana menziarahi pusara Amirul Ashraff selepas semuanya selesai.

"Kami akan ke sana selepas semuanya selesai, buat masa ini saya dan isteri masih lagi belum mempunyai kekuatan memandangkan dia merupakan anak sulung harapan keluarga" katanya.


Amirul Ashraff merupakan pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University Technology Of Sydney dan dijangka tamat pelajaran dan pulang ke tanah air, Februari tahun hadapan.

Menurut Md Azhar, mayat anaknya itu sudah menjalani proses bedah siasat Rabu lalu, namun keputusannya masih belum diperoleh sehingga hari ini.

Post a Comment

0 Comments