Setelah Berpisah,Ramai Ingin Tahu Apa Jadi Dengan Restoran Fizomawar Kitchen. INI Jawapan Mawar

Setelah Berpisah,Ramai Ingin Tahu Apa Jadi Dengan Restoran Fizomawar Kitchen. INI Jawapan Mawar

Setelah Berpisah,Ramai Ingin Tahu Apa Jadi Dengan Restoran Fizomawar Kitchen. INI Jawapan Mawar:


Selepas terlafaznya taIak satu antara pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim, peminat mula berteka-teki tentang hala tuju perniagaan yang dijalankan sejak berkahwin misalnya Fizomawar Kitchen.


Menjawab persoalan itu kepada rancangan bual bicara Mingguan Wanita, kata Mawar nama dan hala tuju selanjutnya bisnes mereka itu masih belum diputuskan.

“Buat sementara ini kami belum putuskan untuk mengubah nama itu. Sehingga kini kami berkawan atas dasar rakan kongsi kepada perniagaan itu.

“Jika ada perubahan nama pun mungkin akan jadi Fizomaryam sebab pangkal M nama itu masih ada dan akan dikekalkan,” kata Mawar ketika dihubungi.

Fizomawar Kitchen mula beroperasi sekitar pertengahan Disember 2015 dan menyediakan pelbagai masakan berasaskan Thailand serta juadah ikonik negeri Cik Siti Wan Kembang.

Restoran itu beroperasi di Bandar Baru Bangi dan beroperasi setiap hari Selasa hingga Ahad dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Fizomawar Kitchen turut membuka cawangan kedua di Kota Bharu, Kelantan.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam, 2 tahun.

Pasangan itu memutuskan untuk bercer@i taIak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada Rabu lalu.

Bila Ditanya Sama Ada Wujud Peluang Kedua…Ini Jawapan Bekas Isteri Fizo Omar, Mawar Karim

Berita mengenai pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang akhirnya telah bercer4i di M4hkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pada Rabu nyata mengejutkan ramai.

Meski masing-masing sudah pun memberi penjelasan mengenai keputusan yang dibuat, namun rata-ratanya memuji kedua belah pihak yang mengambil pendirian untuk kekal berbaik demi permata hati.

Sementara itu, Mawar yang juga usahawan tudung terkenal turut ditanya media sama ada masih ada peluang untuk keduanya kembali atau ia masih terlalu awal untuk difikirkan.

Bagaimanapun, wanita berusia 30 tahun itu tidak belum dapat memberikan jawapan pasti.

“Buat sementara ini, saya masih tiada komen. Masih baru lagi benda ni berlaku.



“Apa pun akan buat yang terbaik, menjadi kawan yang terbaik buat Fizo sebab Maryam (anak),” jelasnya ringkas.

Untuk rekod, des4s-desus mengenai kemelut yang mel4nda pasangan ini mulai bertebaran sejak Ramadan lalu.

Bahkan, difahamkan keduanya turut menyambut menyambut Aidilfitri secara berasingan.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Ini dia sedutan penuh mengenai kenyataan mereka berdua sejurus berpisah;




Sumber: Gempak

Post a Comment

0 Comments