Najib-Chef Wan Berbalas Sindir

Najib-Chef Wan Berbalas Sindir

Najib-Chef Wan Berbalas Sindir

"SAYA nak tanya Najib jika saya ini manusia yang tak baik dan tidak berjaya di dalam kerjaya saya kenapa hantar saya untuk bantu beliau dan kementeriannya?"

Itu soalan yang ditanya secara terbuka oleh chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak susulan sindiran yang dibuat bekas Perdana Menteri itu ke atasnya pada Isnin.

Chef Wan yang ditabalkan sebagai Tokoh Ikon Felda mengingatkan Najib jangan sesekali lupa bahawa ketika mentadbir negara, beliau pernah diundang oleh kerajaan Barisan Nasional untuk memberikan motivasi memperkasakan peneroka Felda.

Sehubungan itu, Chef Wan berang dengan sindiran tajam Najib yang secara sinis menggambarkan beliau telah 'dirasuk syaitan' berhubung kenyataannya di akaun Instagram mengenai golongan peneroka Felda.

"Apabila saya diminta oleh kementerian sebelum ini iaitu Pembangunan dan Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Wanita untuk memberikan motivasi dan memperkasakan peneroka Felda serta di daerah-daerah lain yang bukan di bawah agensi Felda, saya telah dimaklumkan oleh pegawai-pegawai mereka bahawa terdapat banyak isu sosial yang sedang dihadapi orang-orang Melayu Felda.

"Saya nak tanya Najib jika saya ini manusia yang tak baik dan tidak berjaya di dalam kerjaya saya kenapa hantar saya untuk bantu beliau dan kementeriannya?" kata Chef Wan dalam kenyataan yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram pada Selasa.


Najib pada Isnin menyindir Chef Wan telah dirasuk syaitan dan tukang masak popular itu tentu sekali akan meminta maaf susulan mengeluarkan kenyataan di akaun Instagram mengenai golongan peneroka Felda.

Chef Wan menegaskan, apa yang disuarakannya mengenai warga Felda bukan direka-reka, sebaliknya, segala maklumat diberikan oleh pegawai kementerian.

Kata Chef Wan, beliau sering diminta memberikan motivasi dalam usaha menggalakkan warga Felda muncul sebagai golongan yang berjaya sepertinya.

"Mereka kata 'Chef Wan tolong bawa semua isu ini kepada mereka yang malas, mencuri, menipu duit baja, kahwin lari, ambil dadah dan macam-macam lagi sebelum beri motivasi kepada mereka. Kongsikan semua pengalaman dan kepayahan sehingga anda berada di kedudukan sekarang.

"Menuduh saya 'jilat' Tun Mahathir dan macam-macam lagi untuk menerima anugerah padahal Tun Mahathir pun tak tahu saya akan menerima anugerah itu pun! Semua fitnah ke atas saya tak berasas," tegasnya.

Merujuk pada kenyataan Najib itu juga, Chef Wan menyifatkan Perdana Menteri keenam itu bersifat hasad dengki.

"Dia (Najib) sanggup senaraikan apa saya kata, dan 'twist' supaya orang lain percaya bahawa apa yang saya katakan itu ditujukan kepada semua warga Felda bukan segelintir sahaja.

"Selepas itu, batu-batu api ini viral kenyataan itu di media sosial supaya semua orang yang baca akan percaya bulat-bulat dengan tujuan mahu jatuhkan kredibiliti saya sebagai Ikon Felda!," kata Chef Wan lagi.

Post a Comment

0 Comments